Saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan Semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan
Berkenaan Saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan Semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2024) Pada 13 Oktober 2023 Di Parlimen MalaysiaKesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad (KPPPTNB) menyambut baik berkenaan saranan yang telah diucapkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seperti yang tersebut di atas.
Saranan ini secara tidak langsung akan memastikan semua majikan sama ada di pihak Kerajaan dan Swasta akan segulai sejalai dengan saranan tersebut untuk mencapai tantanan dan wahana baharu kepada sebuah negara berpendapatan tinggi dan tidak mengesampingkan peranan dan tanggungjawab setiap pekerja ke arah tersebut.Menyinggung kenyataan Saudara Othman bin Alias selaku Presiden KPPPTNBkepada media, beliau amat yakin dan percaya bahawa kebijakan tatakelola yang baik oleh Pihak Pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir.Baharin bin Din akan berterusan untuk memberi tumpuan dan menitikberatkan kebajikan di dalam memastikan ‘Take Home Pay’ khasnya kepada Anggota Kerja TNB dan amnya anggota kerja teknikal TNB yang sentiasa komited bertugas di lapangan untuk memastikanjurang kesenjangan kepercayaan dan kepuasan pengguna kepada TNB sentiasa berada pada tahap minima dan terpelihara.
Sementelahan dengan ucapan Y.A.B Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan 2024) Pada 13 Oktober 2023 yang bertemakan “Refomarsi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat” di bawah tajuk Ikhtiar 12 : Kesejahteraan Penjawat Awam, pada perkara 288, Y.A.B Perdana Menteri telah menyatakan :-“Kerajaan menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa. Tahun hadapan, Kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus.
Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah”.Kendatipun itu, mewakili 12,245 ahli KPPPTNB, Saudara Othman bin Alias percaya saranan Y.A.B Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim selaku Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan diambil perhatian oleh Pihak Pengurusan Tertinggi TNB yang diterajui oleh Dato’ Seri Ir. Baharin bin Din, akan memeterai saranan tersebut lebih awal memandangkan Sesi Rundingan Perjanjian Kolektif Ke-11 di antara TNB dan KPPPTNB sedang berlangsung pada ketika ini.