Semarak Uniti Perkukuhkan Perpaduan Keluarga Malaysia
SEMARAK UNITI PERKUKUHKAN PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA4 Jun 2022 – Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan – Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah turun untuk melancarkan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Jempol bertempat di Dewan Feldajaya Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.2. Program yang julung kali dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara iniberlangsung selama dua hari iaitu pada 4 hingga 5 Jun 2022. Bertemakan “Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia”, program ini merupakan platform yang menjadi Tapak Integrasi untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama. 3. Penganjuran program ini adalah bagi menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia yang berteraskan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. Ia juga dirangka selari dengan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang menekankan empat dimensi utama iaitu Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusiviti yang ringkasnya dinamakan “KAMI” sebagai simbolik kepada rasa kebersamaan dan meraikan perbezaan yang ada dalam masyarakat yang majmuk.14. Pelaksanaannya tidak bersifat sementara, sebaliknya ia berterusan dan diperluaskan ke seluruh negara meliputi peringkat daerah, parlimen, sehingga ke peringkat komuniti. Inilah pendekatan yang ditekankan oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi memastikan program-program perpaduan dapat didengari, dilihat dan dirasai oleh seluruh keluarga malaysia.5. Antara pengisian Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia adalah:i. KPN Prihatin Keluarga Malaysia;ii. Sembang KAMI Keluarga Malaysia;iii. Pameran oleh agensi dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT);iv. Rumah KAMI Keluarga Malaysia;v. Rewang Muafakat Keluarga Malaysia;vi. Sukan Keluarga Malaysia; danvii. Citarasa Menu Keluarga Malaysia.6. Bersempena program ini, Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara juga telah turun ke empat lokasi bagi menyampaikan sebanyak 350 kotak RT Cares kepada penduduk di KRT Jambu Lapan, KRT Desa Penarikan dan KRT Satelite melalui program KPN Prihatin Keluarga Malaysia. Manakala, di Kampung Bakar Batu telah diadakan gotong royong membaiki rumah serta sumbangan 150 Kotak Prihatin Kg. Baru. Sebanyak 200 Kotak MITRA juga turut disumbangkan kepada penerima dari Taman Jaya dan sebanyak 152 Kotak RT Cares bagi masyarakat orang Asli di Kampung Panchor melalui program ini.7. Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Salim Bin Shariff, Ahli Parlimen Jempol dan YBhg. Dato’ Indera Noridah Binti Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique turut menzahirkan harapanbeliau agar program ini dapat menjadi salah satu Tapak Integrasi bagi memperkukuhkan ikatan perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan Keluarga Malaysia.