SENARIO HARGA GETAH SEMASA DAN USAHA KERAJAAN DALAM MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN PEKEBUN KECIL GETAH SEMASA KEJATUHAN HARGA GETAH.

  • January 16, 2023
  • 4 min read

. Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) ingin merujuk kepada berita yang disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 14 Januari 2023 berhubung kejatuhan harga getah. Kementerian amat prihatin mengenai isu kejatuhan harga getah dan kesannya kepada pekebun kecil getah dan penoreh di seluruh negara terutama dalam mendepani kehidupan tatkala berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.2. Kementerian juga ingin menjelaskan bahawa faktor penurunan harga getah adalah berkait rapat dengan pelbagai faktor. Antaranya adalah berikutan prospek ekonomi global yang lembap, peningkatan bekalan getah asli, penurunan harga minyak mentah (mempengaruhi permintaan getah sintetik berbanding getah asli dalam pembuatan produk getah), kebimbangan mengenai hubungan perdagangan Amerika Syarikat-China dan ketidaktentuan daripada konflik RusiaUkraine. Faktor pasaran serantau dan faktor ekonomi global tersebutmemberi pengaruh besar ke atas pergerakan harga getah di pasaran. Malaysia tidak mempunyai kedudukan yang kuat sebagai pengeluar untuk melakukan intervensi meningkatkan harga getah secara unilateral di pasaran antarabangsa. Ini kerana negara kini hanya mengeluarkan 4% daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia. 3. Walau bagaimanapun, dalam usaha bagi membantu penoreh getah dan pekebun kecil getah, pihak Kementerian dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan siri perbincangan melibatkan pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan untuk mengurangkan impak kejatuhan harga getah.4. Usaha-usaha dan langkah-langkah kerajaan bagi membantu para pekebun getah dalam menghadapi situasi kejatuhan harga getah dan kos sara hidup yang meningkat adalah:Insentif Pengeluaran Getah (IPG)Kerajaan telah melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak tahun 2015 bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh. Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50% kandungan getah kering) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram.Sejak IPG mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga Disember 2022, IPG telah diagihkan kepada 202,533 pekebun kecil di seluruh negara dengan perbelanjaan berjumlah RM446 juta;Pelaksanaan MyROLMyROL merupakan salah satu kaedah pemasaran getah melalui kaedah tender secara atas talian. Kombinasi ciri-ciri di dalam MyROL seperti urusniaga yang telus, tanpa sempadan dan kewujudan pesaing melalui penglibatan lebih ramai pembeli, secara tidak langsung mendorong pencapaian harga tawaran yang lebih kompetitif kepada pekebun kecil. Terkini, terdapat 11 pusat jualan getah di sekitar Kelantan, Perak dan Pahang telah menggunakan MyROL dalam urusniaga mereka dan ini telah memanfaatkan kira-kira 700 pekebun kecil.Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)Objektif program IPL adalah untuk memberi peluang kepada pekebun kecil getah untuk menambah pendapatan dengan memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan pengeluaran lateks selain menggalakkan pekebun kecil beralih kepada menghasilkan susu getah (lateks) berbanding getah sekerap (cuplump).Bagi setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini, mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM 1.00/kg bagi 100% kandungan getah kering (KGK). Para peserta juga menerima bantuan di dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM 850 bagi setiap hektar secara one-off.Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET)Pelaksanaan Projek TARGET melalui konsep koperasi pekebun dan pengusaha ladang getah tempatan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan melalui penglibatan pekebun dalam rantaian industri getah (integrasi menegak). Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil.5. Selain itu, KPK melalui LGM telah memperkenalkan beberapa mekanisma / inovasi bagi memastikan agihan bantuan kepada pekebun kecil dapat dilakukan dengan cekap seperti berikut:Permit Autoriti Transaksi-Getah atau PAT-GPermit Autoriti Transaksi-Getah atau PAT-G merupakan pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah. Dengan adanya pengenalan ini, ianya bukan sahaja dapat mengekang kes kecurian getah, namun bertindak sebagai pemudahcara kepada setiap pelaksanaan program dan inisiatif yang dijalankan kerajaan melibatkan pekebun kecil getah; danPenggunaan RRIMniagaRRIMniaga adalah inovasi LGM yang merupakan satu aplikasi telefon pintar yang dapat memudahkan urusniaga getah oleh peniaga getah yang berdaftar dengan LGM. Selain itu, rekod transaksi urusniaga adalah lebih telus dan ini membantu pemantauan di peringkat LGM. Proses penyaluran bantuan seperti tuntutan IPG dan IPL bagi pemohon yang layak juga adalah lebih mudah kerana dapat dilakukan secara automatik dalam talian.6. Kementerian Perladangan dan Komoditi amat memahami situasi yang dialami oleh pekebun kecil dan akan memastikan program serta aktiviti yang lebih tuntas dilaksanakan agar dapat meringankan beban pekebun kecil khususnya semasa kejatuhan harga getah. KPK dan LGM akan meneruskan usaha bersama dengan Kementerian dan agensi berkaitan bagi mewujudkan dasar yang lebih strategik dalam menjaga kebajikan pekebun kecil getah seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *