Siasat jika ada penyelewengan wang dana oleh bekas pengurus di Kuil Sri Shivan, Briekfields

  • March 30, 2024
  • 4 min read
Siasat jika ada penyelewengan wang dana oleh bekas pengurus di Kuil Sri Shivan, Briekfields

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Hindu Maha Sabha memohon supaya melakukan penyiasatan segera jika ada penyelewengan wang yang berlaku di Kuil Sri Shivan, Brickfield.

Presiden NGO Nambikkai Malaysia, Datuk Kalai Vanar selaku aktivis sosial berkata, perkara ini amat serius dan membimbangkan masyarakat setempat dan penganut agama Hindu yang juga penganut Kuil Sri Shivan yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Satu memorundum telah dipersetujui dan disokong oleh ahli jawatankuasa, badan bukan kerajaan dan lain-lain. Memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan berkenaan pelanggaran serius dan ketidakpatuhan yang berlaku semasa proses kelulusan dan aktiviti berikutnya Persatuan Penganut Sri Sivan Alayam Thirka Tharisigal Sannithaanam, Brickfields Kuala Lumpur (2021).

” Isu-isu berikut telah dikenal pasti, memerlukan tindakan serta-merta dan siasatan menyeluruh adalah pelanggaran proses kelulusan, Sri Shivan Alayam Brickfields Thirka Tharisi telah memohon kelulusan di bawah ROS pada tahun 2021 tetapi tidak diluluskan setakat sehingga 28 Februari 2024.

” Walau bagaimanapun, ia menerima kelulusan pada 1 Mac 2024, mencadangkan kemungkinan ketidaknormalan atau pengaruh yang tidak betul dalam proses kelulusan.

Seterusnya, pemeriksaan PDRM secara teliti, mengambil kira sifat keagamaan organisasi tersebut, ia sepatutnya menjalani pemeriksaan PDRM yang teliti sebagai sebahagian daripada proses kelulusan. Sebarang ketidakseragaman atau pengesahan yang tidak betul boleh membentuk pelanggaran terhadap peraturan.

Selain itu, penyelewengan dana, seorang presiden organisasi tersebut yang dipercayai menipu orang awam dengan menerima sumbangan dan pembiayaan di bawah nama organisasi tersebut sebelum kelulusan rasmi, yang berkemungkinan melibatkan penyelewengan dana dan perilaku kewangan yang tidak betul.

Pelanggaran Peraturan Ros, menerima sumbangan dan mengeluarkan resit sebelum kelulusan adalah suatu pelanggaran terhadap peraturan ROS, menunjukkan kurangnya kepatuhan terhadap keperluan undang-undang dan tadbir urus yang betul sekaligus menimbulkan kesangsian yang amat berat.

Pelanggaran etika, menipu orang awam dan menerima sumbangan di bawah suatu organisasi yang belum didaftar dengan alasan palsu merosakkan kepercayaan dan integrity ROS.

Potensi korupsi, kelulusan yang cepat menimbulkan kebimbangan tentang potensi rasuah atau pengaruh yang tidak wajar dalam proses kelulusan, memerlukan siasatan segera untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti.

Dengan ketidaknormalan isu-isu ini, kami dengan tegas menggesa pihak ROS Malaysia dan pihak berkuasa Wilayah untuk melakukan siasatan segera dan menyeluruh ke atas pelanggaran dan ke tidak normalan yang dinyatakan.

Mengantung kelulusan Persatuan Penganut Sri Sivan Alayam Thirka
Tharisigal Sannithaanam, Brickfields Kuala Lumpur (2021), sementara siasatan penuh dijalankan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan kepercayaan awam yang lebih lanjut dan seterusnya menghalang organisasi tersebut daripada menerima dana awam atau sumbangan sehingga siasatan selesai dan tindakan pembetulan yang perlu diambil dengan segera.

Untuk maklumat, Pertubuhan Hindu Maha Sabha adalah sebuah organisasi kebangsaan yang telah didaftarkan secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan mempunyai hak yang sah di bawah undang-undang untuk menjalankan sebarang aktiviti
atau kegiatan berkaitan dengan agama atau penganut agama Hindu di seluruh Malaysia.

Kuil Sri Shivan telah ditubuhkan di lokasi tersebut selama 50 tahun oleh mendiang Guru Agama Srimath Guru Thinagaraja dan telah dikelola dan ditadbir oleh organisasi Sri Shivan Alayam Thirka Tharisi sehingga tahun 2020, yang dipimpin oleh seorang Guru dan Presiden pengurusan, mendiang Encik Gunasingam.

Pengelolaan kuil itu disokong dan diuruskan oleh anak-anak murid dan teman-temannya tanpa sebarang keterlibatan dari ahli keluarga Encik Gunasingam.

” Segala urusan berkaitan dengan pengurusan dan kewangan kuil itu dijalankan dengan cekap dan teratur sehingga tahun 2020, ketika Encik
Gunasingam meninggal dunia akibat penyakit.

Selepas kematian beliau, Jawatankuasa dan waris-waris Guru Gunasingam, yang juga merupakan anak-anak murid beliau, membuat keputusan untuk melantik seorang presiden dibawah jawatankuasa baru bagi menguruskan dan mengelola kuil tersebut.

” Langkah ini diambil kerana organisasi Sri Shivan Alayam Thirka Tharasi telah berakhir tempohnya dan tidak memperbaharui pendaftarannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Melalui persefahaman dan perlantikan terus oleh anak-anak murid, penganut kuil tersebut telah melantik Pengurus yang baru untuk menguruskan kuil tersebut di bawah jawatankuasa baru lalu mengamanahkannya untuk melantik dan mendaftarkan sebuah organisasi baru yang sah di bawah jabatan ROS untuk mentadbir dan mengelola Kuil tersebut.

Selepas lebih daripada setahun pentadbirannya, Pengurus tersebut telah meyakinkan kesemua ahli Jawatankuasa dalaman kuil serta para penganut bahawa sebuah organisasi yang bernama Sri Sivan Alayam Thirka Tharisi Sannithaanam (2021) telah didaftar dan sebuah akaun bank CIMB 8605355354 (selepas ini “akaun Bank Tersebut”) di bawah nama Sri Sivan Alayam Brickfields Hub telah diperkenalkan kepada ahli Jawatankuasa sebagai akaun bank rasmi Sri Sivan Alayam Thirka Tharisi Sannithaanam (2021).

“Disebabkan isu-isu ini telah dibangkitkan untuk disiasatkan oleh pihak berkuasa dengan kadar segera demi kepentingan rakyat. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *