Sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan membantu mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam dalam negara

  • May 31, 2022
  • 2 min read
Sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan membantu mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam dalam negara

31 MEI 2022 – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan meningkatkanusaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mampan dalam jangkapanjang.

Antara punca harga ayam naik adalah disebabkan harga makanan ayam yang tinggi. Telah dilaporkan bahawa harga makanan ayam telah meningkat daripada RM500 setan kepada RM1,900 setan dalam beberapa kes.

Disebabkan ini, ayam kurang diberi makan, menyebabkan ternakan membesar dengan lebih perlahan daripada biasa, dan seterusnya memberi kesan terhadap bekalan ayam. Buat masa ini Malaysia mengimport sebahagian besar makanan ayam, dan kebanyakannya diperbuat daripada bijirin seperti jagung dan kacangsoya. Sumber ini menghadapi kekurangan di seluruh dunia akibat perang di Ukraine dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Ladang kelapa sawit Malaysia menghasilkan bekalan sisa isirung sawit yang banyak.Kajian menunjukkan bahawa memberi makan kek isirong sawit (PKC) yang ditapaidan lemak pemakanan yang tinggi kepada ayam pedaging, boleh menggantikanmakanan import yang digunakan oleh hampir semua ladang ayam komersial hari ini.KPPK juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan lain untuk mengkaji semula dasar eksport PKC yang akan lebih memihak kepada ayam pedaging tempatan. Pada masa ini, PKC dieksport untuk industri lembu Eropah.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Kerajaan Negeri untuk melihat dengan segera bagaimana ketersediaan sisa isirong sawit sebagai makanan haiwan untuk industri ayam Malaysia dapat dilakukan dengan segera. Selain itu, KPPK juga akan bekerjasama rapat dengan institut penyelidikan seperti universiti awam untuk melihat cara meningkatkan kualiti PKC bagi menjadikannya pilihan utama penternak ayam. Ini termasuk kajian untuk mengurangkan kandungan serat dalam PKC.

Dengan semangat Keluarga Malaysia, KPPK akan terus komited untuk memainkan peranan dalam membantu mengurangkan pergantungan Malaysia kepada makanan ternakan yang diimport. Kementerian akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan sektor komoditi terus menyumbang secara konsisten kepada pembangunan ekonomi negara.

YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

31 MEI 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *