SME CORP. MALAYSIA bantu Komuniti Inklusif melalui Program Urban Smart Farming

  • August 27, 2022
  • 2 min read
SME CORP. MALAYSIA bantu Komuniti Inklusif melalui Program Urban Smart Farming

Melaka, 26 Ogos 2022 – SME Corp. Malaysia, salah sebuah agensi di bawah  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah melaksanakan Program Urban Smart Farming melalui Saora Industries Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu daripada Rakan Penyedia Perkhidmatan yang telah dilantik di bawah Program Micro Connector pada tahun ini.

Program Micro Connector dilaksanakan selaku program induk khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan dengan lebih cekap selain membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mempelajari kemahiran baharu, sekaligus menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Semenjak Program Micro Connector dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, SME Corp. Malaysia telah membantu seramai 19,171 peserta dalam kalangan perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif. Manakala bagi tahun 2022 pula seramai 3,500 peserta telah menyertai Program ini.

Menurut YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Program Urban Smart Farming yang dilaksanakan oleh Saora Industries Sdn. Bhd. ini merupakan satu projek yang sangat berbeza di bawah Program Micro Connector kerana buat julung kalinya SME Corp. Malaysia melaksanakan program yang melibatkan peserta dari Jabatan Penjara Malaysia dan Persatuan Pengasih Malaysia.

Tambah beliau, program Urban Smart Farming ini merupakanprojek berteraskan perusahaan sosial (SE) dengan sokongan daripada Penjara Negeri Melaka, PENGASIH Melaka dan Jabatan Pertanian Melaka telah memberikan latihan dan kemahiran dalam bidang pertanian pintar bandar.

En. Rizal berkongsi bahawa seramai 50 orang peserta hadir pada hari ini telah membuktikan komitmen mereka untuk mendapatkan ilmu keusahawanan serta kemahiran baharu dalam bidang pertanian pintar bandar. Selain itu, melalui program ini, para peserta dapat menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah YBrs. Encik Rizal Bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia , YB Dr. Muhammad Akmal Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Puan Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah, Penjara Negeri Melaka, Encik Rhazali bin Mohd Jan, Pengerusi, PENGASIH Melaka,             Encik Mohd Fazwan bin Sabtu, Ketua Seksyen Pembangunan Komoditi dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Melaka, Encik Ganesh Muren, Ketua Pegawai Eksekutif, Saora Industries Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *