TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH BELANJAWAN 2023: MEMBANGUN MALAYSIA MADANI
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyambut baik
pembentangan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani.
Belanjawan 2023 merupakan belanjawan yang terangkum memberi
penekanan kepada keperluan setiap lapisan masyarakat termasuk
penduduk desa. - Belanjawan 2023 juga akan dapat membantu negara termasuk
kawasan luar bandar melalui 12 ikhtiar utama berlandaskan 3 tekad
bagi mendepani ekonomi global yang mencabar tatkala negara masih
lagi bergelut dengan sumber yang terhad dan pelaburan yang masih
belum mencapai prestasi pra-pandemik. - KKDW turut menyokong usaha yang dilaksanakan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia menerusi Belanjawan 2023 yang memberi
penekanan kepada aspek keterangkuman, kemampanan dan keadilan
sosial yang akan turut memanfaatkan 8.1 juta penduduk desa.
Pendekatan dalam Belanjawan 2023 boleh melegakan tekanan yang
sedang dihadapi rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup,
pendapatan yang terhad dan bencana alam seperti banjir. - Belanjawan 2023 juga akan membantu KKDW dalam melaksanakan
kerangka Malaysia Madani yang telah meletakkan pembangunan desa
sebagai salah satu imperatifnya berdasarkan 6 rukun yang digariskan
iaitu Kemampanan, Kesejateraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan
Ihsan.
- KKDW merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana
Menteri di atas peruntukan berjumlah RM11.04 bilion kepada
KKDW. Jumlah ini meliputi RM3.62 bilion peruntukan mengurus
dan juga RM7.42 bilion peruntukan pembangunan. Jumlah ini
adalah RM510 juta atau 4.85% lebih tinggi daripada peruntukan - Jumlah ini menunjukkan komitmen tinggi dan berterusan
Kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar. - Menerusi peruntukan ini, lebih banyak projek pembangunan dapat
dilaksanakan di desa termasuk di kawasan pedalaman bukan sahaja
dari segi infrastruktur tetapi juga dari segi ekonomi, sahsiah, spiritual
dan modal insan. Ini seterusnya dapat menyokong pembangunan
sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar
yang sejahtera dan makmur seperti mana yang digariskan dalam
Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. - Di bawah peruntukan pembangunan, sejumlah RM2.48 bilion bagi
pembangunan infrastruktur asas di luar bandar termasuk RM1.5
billion untuk Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa.
Jumlah ini adalah RM40 juta atau 1.6% lebih tinggi jika dibandingkan
dengan peruntukan tahun 2022. Selain daripada itu, RM140.83 juta
diperuntukkan untuk kos operasi dan penyelenggaraan lampu jalan
kampung dan kos penyelenggaraan bekalan elektrik alternatif. - Dalam usaha untuk meningkatkan kemajuan dan potensi ekonomi
desa, sebanyak RM90.81 juta telah diperuntukkan untuk aktiviti
ekonomi luar bandar. Ini adalah termasuk program pembangunan
ekonomi komuniti dan program keusahawanan termasuk dari segi
pendigitalan perniagaan.
pelajar akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan menerima
bantuan dari JAKOA.
- Selain itu, sebanyak RM676.4 juta diperuntukkan untuk Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
untuk kesejahteraan pekebun kecil getah. Ini adalah termasuk untuk
aktiviti tanam semula getah, Skim Insentif Produktiviti Getah dan
program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan pembangunan usahawan
pekebun kecil yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil getah
menjana pendapatan sampingan. Peruntukan ini turut meliputi RM256
juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh yang kadarnya telah dinaikkan
daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan, yang
akan memberi manfaat kepada 320,000 pekebun kecil. - Dalam masa yang sama, pendapatan pendapatan minimum penoreh
getah dapat dipertingkat melalui kenaikan Paras Harga Pengaktifan
Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 yang
melibatkan peruntukan RM350 juta. - Manakala FELCRA pula menerima peruntukan sebanyak RM369.74
juta yang memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil di bawah
agensi berkenaan. Selain itu, peruntukan ini juga adalah untuk
membangunkan tanah-tanah terbiar untuk projek tanaman makanan
bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara. - KKDW juga memberi penekanan untuk pendidikan awal kanak-kanak
terutamanya di kawasan luar bandar. Dalam hal ini, sebanyak
RM204.1 juta untuk TABIKA dan TASKA KEMAS pada tahun 2023.
Selain itu, pembinaan 80 buah TASKA dan TABIKA KEMAS akan
diteruskan termasuk 13 projek baharu untuk memberi pendidikan awal
kepada kanak-kanak daripada umur 2 hingga 6 tahun. - KKDW akan memastikan peruntukan RM11 billion yang diterima pada
tahun ini akan dimanfaat dan digunakan untuk pemugaran desa dan
memperkasa penduduk desa dalam mendepani cabaran globalisasi.