Tindakan K-KOMM ke atas penjualan data oleh sebuah laman web

  • June 15, 2022
  • 2 min read
Tindakan K-KOMM ke atas penjualan data oleh sebuah laman web

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) mengambil serius berhubung keresahan dan kebimbangan orang ramai mengenai isu penjualan data oleh sebuah laman web sumber terbuka (Open-source Intelligence) yang mula didedahkan di laman Twitter pada pagi Ahad, 12 Jun 2022.


Semakan dan siasatan segera telah dilakukan oleh K-KOMM melalui Jabatan Perlindungan
Data Peribadi (JPDP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan
CyberSecurity Malaysia (CSM) mengenai kandungan dan latar belakang laman web yang
berkaitan, pada hari yang sama.


Arahan sekatan terhadap laman web tersebut juga telah dikeluarkan kepada pembekal
perkhidmatan Internet (ISP) bagi menghalang urusan jual beli data di laman web tersebut.
Tindakan untuk menurunkan laman web tersebut telah dilakukan sekitar pukul 6.30 petang, hari yang sama.


Pada waktu yang sama, siasatan lanjut yang lebih mendalam sedang dijalankan secara
bersepadu oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), JPDP, CSM, SKMM, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).


K-KOMM melalui JPDP dengan kerjasama SKMM dan CSM akan terus memantau dan
mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial agar sentiasa
menepati prinsip-prinsip di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].


Manakala keselamatan data peribadi milik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pula akan sentiasa dipastikan keselamatannya oleh agensi kerajaan yang berkaitan dan NACSA.


Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga dinasihatkan untuk mengaplikasikan tujuh
Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709 sebagai garis panduan atau amalan
terbaik supaya keselamatan data peribadi rakyat sentiasa terjaga.

Di bawah Seksyen 130, Akta 709, kesalahan berhubung penjualan data peribadi, boleh
didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya sekali.


Kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam usaha membendung kes kebocoran,
penyalahgunaan atau penjualan data peribadi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *