TPM FADILLAH YUSOF TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA KEWANGAN HONG KONG, PAUL CHAN MO-PO

  • March 29, 2023
  • 1 min read
TPM FADILLAH YUSOF TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA KEWANGAN HONG KONG, PAUL CHAN MO-PO


Pada pagi Selasa, 28 Mac 2023, saya telah menerima kunjungan hormat
daripada rakan sejawat saya, Setiausaha Kewangan Hong Kong, Paul Chan
Mo-Po di Bilik Kunjungan Hormat, bangunan Parlimen.
Perjumpaan ini merupakan perjumpaan peringkat tertinggi yang pertama di
antara Malaysia dan Hong Kong dalam tempoh 3 tahun.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu turut disertai oleh En.
Abdul Hadi Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan
Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Cik Belvinder
Kaur Sron, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)
dan para pegawai daripada KPK.
Seiring dengan peralihan pusat ekonomi ke rantau Asia, Hong Kong
merupakan antara rakan dagang terpenting bagi Malaysia dan menjadi
detinasi eksport Malaysia yang ke-5 terbesar. Nilai dagangan di antara
Malaysia dengan Hong Kong juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak
20% pada tahun 2022, iaitu daripada USD21.68 billion pada 2021 kepada
USD25.69 billion pada 2022.
Dalam pertemuan itu saya telah menyentuh mengenai kepentingan
memperkukuhkan hubungan dua hala dan membuka peluang baharu
kepada sektor lain yang berpontensi tinggi seperti perkhidmatan,
agrikomoditi, pelancongan dan kebudayaan, pendidikan, perkhidmatan, dan
ekonomi digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *