UMS dan PERKESO lebarkan jaringan usahasama bagi menerajui bidang pengajaran, penyelidikan & perkhidmatan rehabilitasi kepada komuniti di Sabah
KOTA KINABALU, 22 September – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membuka laluan kepada pelbagai kolaborasi strategik antara kedua-dua belah pihak untuk manfaat komuniti di Sabah.
Kerjasama yang terjalin ini akan menyokong usaha UMS dan PERKESO untuk
memperluaskan kemudahan rehabilitasi di Sabah menerusi penyediaan kemudahan tersebut di Hospital UMS.
Usaha murni ini dilihat bakal memberikan manfaat bukan sahaja kepada Orang Berinsurans (OB) di bawah PERKESO, malah kepada seluruh masyarakat setempat
untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi di kampus UMS.
MoU ini telah ditandatangani oleh Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed,
Ketua Eksekutif PERKESO dan Prof. Madya Dr. Raman B. Noordin, Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang turut menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMS.
Ia disaksikan dan ditandatangani oleh Datuk Dr. Hafez Bin Hussain, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak dan Encik Luqman Ridha Anwar selaku Pendaftar UMS.
Selain itu, pemeteraian MoU ini juga akan merintis kolaborasi dua hala dalam aspek
pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam pelbagai bidang khususnya
perubatan rehabilitasi, intervensi neurologi, kesihatan mental, kemahiran kesihatan