(VIDEO) Menitikberat Perkembangan koperasi di sekolah serta memperkasa usahawan dikalangan pelajar – KPM
Koperasi sekolah bukan sahaja dapat menerapkan prinsip dan jati diri tulen koperasi tetapi ia juga selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan kepada usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.