( VIDEO ) Respon pelajar tentang kenaikan elaun yang di umumkan PM
Usaha secara berperingkat dan konsisten yang ditawarkan oleh Badan Perhubungan
Negara United Kingdom dan Eire (BPN UKE) dengan kerjasama JPA-MARA Special
Operations (JMSO) kini telah berjaya membuahkan hasil dengan adanya tindakan susulan dan penerimaan positif daripada pemegang taruh berkepentingan di Malaysia.
Setelah mengambil penelitian dan kajian yang rapi berkenaan tuntutan untuk menstrukturkan semula elaun sara hidup bagi pelajar tajaan MARA-JPA, pihak kerajaan kini telah mengumumkan kadar kenaikan bagi elaun sara hidup pelajar tajaan MARA-JPA bersesuaian dengan kos dan perbelanjaan sara hidup yang semakin tinggi di United Kingdom secara spesifiknya.
Manfaat daripada perjuangan ini bukan hanya dinikmati oleh pelajar Malaysia di luar negara sahaja, tetapi juga pelajar Malaysia di dalam negara yang menerima biasiswa tajaan MARA-JPA.
Kepimpinan BPN UKE yakin bahawa tuntutan ini adalah sangat berpatutan, selari dengan
keperluan penstrukturan semula elaun sara hidup bagi pelajar tajaan MARA-JPA yang
sudah hampir 12 tahun tidak dikaji kesesuaiannya mengikut cabaran ekonomi dunia, terutamanya dalam tempoh pasca COVID-19.
Kepimpinan BPN UKE juga ingin menyatakan dokongan dan sokongan yang tidak berbelah
bahagi terhadap inisiatif murni yang diambil oleh kerajaan di bawah naungan YAB Dato’ Sri
Ismail Sabri, Perdana Menteri. Hasil positif ini juga tidak dinafikan adalah dengan kerjasama
jitu dan komitmen yang tinggi diberikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri
Pembangunan Luar Bandar, serta YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian
Tinggi.