WOOD & LIFESTYLE FAIR (WLF) (MTIB 50 TAHUN TEGUH SEIRING USIA)
MALAYSIA GRAND BAZAAR, KUALA LUMPUR
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II & Menteri
Perladangan dan Komoditi, hari ini merasmikan pameran Wood & Lifestyle Fair
(WLF) (MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia) bertempat di Malaysia Grand Bazaar
(MGB), Kuala Lumpur. Pameran ini diadakan sempena sambutan Jubli Emas
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) yang ke 50 tahun pada 1 Jun
- WLF (MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia) akan berlangsung mulai hari ini
sehingga 12 Mac 2023.
Pelbagai acara telah dirancang bersempena sambutan Jubli Emas MTIB.
Pameran ini juga merupakan kolaborasi MTIB bersama Persatuan Pengusaha
Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA) dan Jaringan Usahawan
Laser Bumiputera (JULB). Penganjuran WLF (MTIB 50 Tahun Teguh Seiring
Usia) merupakan satu platform promosi dan jualan untuk usahawan Bumiputera
dalam industri perkayuan.
Pameran ini juga akan menjadi hab kepada Perusahaan Mikro Kecil dan
Sederhana (PMKS) Bumiputera dalam memacu industri perabot dan kraf kayu
ke peringkat yang lebih tinggi serta berdaya saing. Pameran ini melibatkan
sebanyak 20 usahawan perkayuan bumiputera yang terdiri daripada usahawan
perabot kayu, laser, ukiran kayu, produk biokomposit dan produk gaharu.
Pameran ini turut dijangka akan menarik seramai 20,000 orang pengunjung.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diaturkan sepanjang berlangsungnya
pameran ini selama empat hari. Antaranya adalah demonstrasi produk ukiran
kayu dari usahawan Bumiputera, sesi taklimat oleh Key Opinion Leader (KOL)
dalam industri perkayuan, padanan pekerjaan dan pendidikan dalam industri
perkayuan, βFrom Waste to Wealth Activitiesβ, sesi padanan perniagaan dan
pameran woodcraft dan perabot kayu, produk biokomposit serta produk-produk
gaharu.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi MTIB akan terus
mempergiatkan pelaksanaan program bagi agenda pemerkasaan ekonomi
Bumiputera sebagai misi nasional dan Kerajaan. KPK juga sentiasa proaktif
dalam mengukuhkan kedudukan usahawan Bumiputera industri perkayuan agar
mampu bersaing secara kompetitif di peringkat global. Pemerkasaan
Bumiputera juga menjadi salah satu teras utama fokus KPK di dalam Dasar
Agrikomoditi Negara (DAKN 2030) iaitu di bawah teras Keterangkuman:
Meningkatkan penyertaan Bumiputera dan menjaga kesejahteraan pekebun
kecil.