KL Wellness City Lancar International Positive Energy Half Marathon & Sports Wellness Carnival 2026

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2026 – KL Wellness City hari ini melancarkan International Positive Energy Half Marathon & Sports Wellness Carnival 2026, sebuah acara antarabangsa yang menggabungkan sukan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Majlis pelancaran yang berlangsung di KL Wellness City, Bukit Jalil itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Tuan Samuel Lee.
Acara tersebut bakal menghimpunkan peserta dari lebih 30 negara, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan gaya hidup aktif di peringkat global.
Pengarah Eksekutif KL Wellness City, Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew, berkata penganjuran acara ini bukan sekadar larian marathon tetapi platform untuk memupuk nilai tenaga positif, kesejahteraan mental dan perpaduan komuniti.


“Acara ini menghimpunkan sektor kerajaan, industri dan komuniti bagi mewujudkan pengalaman kesihatan yang menyeluruh kepada semua peserta,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan KT Cyclone Sdn. Bhd., Richmen Choo, berkata program ini turut membawa misi sosial dengan menyokong organisasi seperti Malaysia Scout Club dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).


Karnival berkenaan dijadual berlangsung 15 hingga 17 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala acara larian utama akan diadakan pada 17 Mei.
Antara kategori larian yang dipertandingkan ialah 21KM Half Marathon, 10KM dan 5KM Fun Run.
Selain acara larian, karnival itu juga bakal menampilkan lebih 300 gerai pameran kesihatan dan sukan, bengkel interaktif, pameran keselamatan digital, aktiviti Relay for Life, sambutan survivor kanser, serta bazar makanan dan minuman.


Penganjuran acara ini turut disokong beberapa organisasi termasuk Malaysia Scout Club, National Cancer Society Malaysia (NCSM), RichestLife (Super Life Secret Code) dan KL Wellness City.
Program tersebut juga bertujuan menjana dana bagi menyokong aktiviti kebajikan serta merancakkan sektor pelancongan, ekonomi tempatan dan peluang perniagaan komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *