Majlis perasmian dialog bandar raya 2025

  • June 20, 2025
  • 1 min read
Majlis perasmian dialog bandar raya 2025

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan komitmennya dalam
memperkukuhkan hubungan bersama warga kota menerusi pelaksanaan
Program Dialog Bandar Raya 2025.

Parlimen Bandar Tun Razak telah dipilih
sebagai kawasan parlimen pertama bagi menjayakan edisi sulung program
ini. Majlis pada hari ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.

Majlis Perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri
TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Program ini merupakan kesinambungan kejayaan 11 siri Temu@DBKL yang telah dianjurkan pada tahun 2024 melibatkan kesemua 11 kawasan parlimen
di Kuala Lumpur. Berdasarkan pencapaian dan impak yang memberangsangkan, DBKL telah memutuskan untuk meneruskan program ini pada tahun 2025 pada skala yang lebih kecil namun lebih tersusun dan fokus.

Pendekatan program ini berteraskan konsep Management by Walking
Around, yang dilihat wajar dijadikan antara program utama di peringkat Pejabat Cawangan DBKL.

Dialog Bandar raya 2025 akan mengekalkan pengisian utamanya iaitu sesi libat urus atau townhall yang memberi ruang kepada penduduk di kawasan parlimen terbabit untuk berinteraksi secara terus bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, YB Ahli Parlimen serta pengurusan tertinggi DBKL dan agensi kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *