HENTIKAN MENUNDING JARI, PASTIKAN TRAGEDI TANAH RUNTUH RAGUT 31 NYAWA TIDAK BERULANG
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan salam takziah kepada waris
mangsa kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat
minggu lalu.
Mengambil kira sensitiviti kes dan ada maklumat masih belum jelas PPIM menggesa pihak
berkuasa menyiasat kejadian tersebut tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, PPIM tidak mahu lagi alasan demi alasan
diberikan kepada rakyat akhirnya kes tersebut sunyi begitu sahaja.
“Sudah banyak kali perkara begini berlaku, yang mengalami kerugian, yang cedera, yang
meninggal rakyat, bukan pemimpin Negara! Sampai bila baru kerajaan ambil serius perkara
ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nadzim berkata pelbagai peraturan dan SOP yang ditetapkan pelbagai agensi dan pakar
oleh seluruh negara, malah PPIM percaya pihak kerajaan juga pernah mendapatkan
pandangan pakar luar negara berkenaan masalah tanah runtuh ini, namun apakah
kesudahannya?
“Malaysia bukan negara miskin, kita negara membangun dengan pelbagai teknologi dan
kepakaran, untuk perkara seperti ini berlaku amat menyayat hati,
“Benar, tanah runtuh bukan sesuatu yang boleh dijangka tapi kehilangan nyawa boleh
dielakkan! Di manakah pihak berwajib yang dipertanggungjawab memastikan keselamatan
cerun-cerun negara? Bukankah kita pernah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar,” katanya.
Nadzim turut mempersoalkan apa kesudahan Buku Panduan Penyelenggaraan Cerun untuk
Orang Awam oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 2011 dan apa status garis
panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 2010.
“Pelbagai kajian dilakukan, berapa juta duit rakyat sudah dihabiskan, sampai bila nak
selindung di belakang birokrasi dan kesilapan orang awam, ambillah tanggungjawab dan
bertindak segera sebelum lebih banyak nyawa rakyat yang menjadi korban,” katanya.
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Adi).
Terima Kasih. [TAMAT]
3 Comments
Hi there,
We run an Instagram growth service, which increases your number of followers safely and practically.
We aim to gain you 300-1000+ real human followers per month, with all actions safe as they are made manually (no bots).
The price is just $60 (USD) per month, and we can start immediately.
Let me know if you wish to see some of our previous work.
Kind Regards,
Megan
Hi there,
We run a Youtube growth service, where we can increase your subscriber count safely and practically.
– Guaranteed: We guarantee to gain you 700-1500 new subscribers each month.
– Real, human subscribers who subscribe because they are interested in your channel/videos.
– Safe: All actions are done, without using any automated tasks / bots.
Our price is just $60 (USD) per month and we can start immediately.
If you are interested then we can discuss further.
Kind Regards,
Amelia
Hi there,
I’m reaching out because we’ve just released a complete WordPress video training package with unrestricted Private Label Rights. The package includes 19 professional video lessons across 4 courses, covering everything from WordPress basics to local development.
Key features:
Full PLR rights (rebrand, resell, repurpose as you wish)
4 complete courses with 19 video lessons
Professional production quality
Ready-to-launch sales materials included
This is ideal if you’re looking to quickly launch your own WordPress training business or add to your existing product line.
For detailed information and pricing, visit: https://furtherinfo.info/wpmk
Kind regards,
Eloy