Monday, 9 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Pemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan NegaraFirdaus Wong Duta Kembara Al-Haramain, Misi Lahirkan Da’i dan Pendakwah Pelapis

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

“Tidak wajar merisikokan biasiswa 11 pelajar melayu hanya kerana aktif dalam pertubuhan belia” – Fadzil Nor

Muhammad Fadzil Nor Bin Abd Manan merupakan calon exco ARMADA Malaysia menyifatkan kepimpinan Pertubuhan Belia tersebut tidak bertanggungjawab dan memandang remeh nasib 11 pelajar melayu yang ingin berjaya dalam bidang pendidikan.

Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta seharusnya menghormati perlembagaan Persekutuan Malaysia dibawah peruntukkan Kebebasan Bersuara pekara 10 (1) Tertakluk kepada fasal (2),(3) dan (4)(c) semua warganegara berhak untuk membentuk/menyertai persatuan.

Selaku calon Exco ARMADA bersama kepimpinan calon Ketua ARMADA Nasional Muhammad Hilman Bin Idham. Kami akan memperjuangkan nasib anak muda melayu melalui bidang pendidikan.

Tanpa pendidikan masa depan generasi anak muda ini akan tenggelam. Seharusnya Kepimpinan Pertubuhan Belia cakna akan asas perjuangan penubuhannya dan menjadi juara bagi membentuk masa depan anak bangsa.

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Malaysia komited memperjuangkan nasib pelajar-pelajar melayu dalam bidang pendidikan agar mereka mampu menjadi pelapis pemimpin masa hadapan.

Komen (1)

  1. This online pharmacy provides an extensive variety of health products with competitive pricing.
    Customers can discover various remedies for all health requirements.
    Our goal is to keep high-quality products at a reasonable cost.
    Quick and dependable delivery guarantees that your purchase is delivered promptly.
    Experience the convenience of getting your meds with us.
    https://uberant.com/article/2076173-aromasin-vs-other-aromatase-inhibitors-key-differences/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *