“Perkampungan Tauheed 2.0 Meriah, Semangat Komuniti Jadi Tulang Belakang Kejayaan Program 3 Hari”- MPP Zon 6

  • July 9, 2025
  • 3 min read
“Perkampungan Tauheed 2.0 Meriah, Semangat Komuniti Jadi Tulang Belakang Kejayaan Program 3 Hari”- MPP Zon 6

Jenjarom– Semangat gotong-royong dan sokongan komuniti menjadi kunci kejayaan program Perkampungan Tauheed 2.O yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini. Antara individu penyumbang utama yang mencuri perhatian ialah En Yong Keh Chyn , Ahli Majlis MPP Zon 6 MPKL ,  walaupun beliau sibuk dengan tugasan dan belum pulang ke rumah sejak awal pagi, tetap meluangkan masa hadir untuk memastikan keadaan majlis berjalan lancar serta sumbangan tong sampah dan lain- lain sampai ke tujuan.

MPP ZON 6 Tuan Yong Keh Chyn

Sumbangan beliau termasuk beberapa tong sampah dan kelengkapan lain yang membantu melancarkan urusan pengurusan sisa sepanjang program berlangsung.

Menurut penganjur, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) turut memberi bantuan tambahan seperti tong roro untuk memudahkan urusan pembuangan sampah. Ini penting kerana program berlangsung selama tiga hari dan tanpa pengurusan sampah yang efisien, ia boleh menimbulkan bau dan kekotoran.

Sempat memberi sumbangan ke atas Tabung Dana

“Terima kasih tak terhingga buat Tuan Yong Keh Chyn atas keprihatinan. Walaupun sibuk, beliau sempat singgah untuk memberi sokongan dan menyumbang kelengkapan penting kepada komuniti,” – Penganjur

Perkampungan Tauheed adalah Acara yang diadakan di kawasan Jenjarom ini bukan sahaja menjadi medan perpaduan, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan yang mengambil bahagian sebagai peniaga kecil. Juga terdapat ramai artis yang popular seperti Mawi world, Iwan Syahman, Dr Sam, Faizal Ismail, Amir Pearl, Man Krabat, Ustaz Akhil Hayy dan terdapat beberapa aktiviti seperti Qiamullail, selawat, sukan sunnah. Menariknya kali ini juga melibatkan kerjasama bersama Rehlah Islahiyyah .

Tuan Yong Keh Chyn berkongsi segala aktiviti dikawasan beliau
Berbual mesra bersama Syarikat agensi Umrah

Ahli Majlis Zon 6 turut memainkan peranan aktif dengan menyalurkan dana dan tenaga dalam menjayakan beberapa program dikawasan beliau. Terdapat program yang menggunakan Dewan utama telah  dihias indah dengan kombinasi elemen moden dan klasik, hasil kreativiti pelajar-pelajar sukarelawan dari Kampung Jenjarom yang bertugas secara percuma. Ruang ini menjadi tarikan utama untuk pengunjung bergambar dan mencipta kenangan.

Antara acara yang mencuri tumpuan ialah malam sambutan Aidilfitri  yang dihadiri lebih 3,000 orang,  Program ini dijayakan secara bersama oleh ketua kampung, pihak MPP dan masyarakat setempat.

Bukan itu sahaja, program gotong-royong turut dilaksanakan untuk membersihkan kawasan sekitar kampung, termasuk memangkas pokok dan membersihkan longkang bagi mengelakkan risiko banjir kilat. Inisiatif ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk agar menjaga kebersihan dan alam sekitar.

“Ini kampung kita. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi? Sampah buang merata bukan sahaja cemarkan kawasan, tapi juga boleh jejaskan sistem saliran,”- MPP Zon 6

Keseluruhannya, Perkampungan Tauheed bukan hanya menjadi wadah aktiviti sosial dan ekonomi, malah mencerminkan kekuatan akar umbi, kerjasama komuniti dan kepedulian pihak berkuasa tempatan. Ia wajar dijadikan contoh bagi kawasan lain dalam membentuk masyarakat harmoni dan bertanggungjawab.

wartawan : AhLee Malay Media UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *