KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel 250 Meter di Laluan Kempas Baru–Kulai

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2026- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai selepas tindakan pantas Pasukan Polis Bantuan (PB), lewat malam semalam.

Insiden dikesan selepas Pusat Kawalan Tren menerima laporan gangguan sistem persemboyanan pada jam 8.50 malam sebelum pasukan keselamatan digerakkan membuat rondaan di jajaran berkenaan. Sekitar jam 11.30 malam, anggota menemui seorang individu mencurigakan di kilometer 728.25. Suspek dipercayai memotong kabel sebelum cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 17 minit kemudian.

Pemeriksaan di lokasi menemui kabel jenis 4 core yang telah dipotong serta beberapa beg berisi peralatan pemotong. Suspek kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Daerah Kulai untuk siasatan lanjut. Semakan awal mendapati suspek mempunyai 28 rekod jenayah lampau.
KTMB menegaskan kecurian dan vandalisme terhadap infrastruktur rel boleh menjejaskan operasi tren serta membahayakan keselamatan penumpang dan kakitangan. Kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang berkaitan pengangkutan rel.
Bagi memperkukuh keselamatan, KTMB melaksanakan pelbagai penambahbaikan termasuk pemasangan penutup kabel lebih berat, perlindungan tambahan, kunci keselamatan serta penggunaan teknologi seperti sensor, CCTV, sistem penggera, dron berteknologi AI dan pengesanan akustik melalui kabel fiber.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi pusat maklumat Polis Bantuan KTMB atau pihak berkuasa bagi tindakan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *