PUTRAJAYA – KL International Beauty Week (KLIBW) bakal kembali mencuri perhatian industri kecantikan tempatan menerusi penganjuran “The Beauty & Fragrance House 2026”, sebuah acara mega selama tiga hari yang menjanjikan pengalaman penuh glamor, interaktif dan eksklusif buat pencinta kecantikan serta wangian.
Acara ini dijadual berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2026 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya dengan kemasukan adalah percuma menerusi pra-pendaftaran Ticket2U.
Selepas kejayaan penganjuran The Beauty House 2025, edisi kali ini tampil dengan konsep lebih besar dan imersif menerusi gabungan pameran kecantikan, pengalaman wangian, aktiviti interaktif serta penglibatan jenama tempatan dan antarabangsa dalam satu platform eksklusif.

“The Beauty & Fragrance House 2026” bukan sekadar sebuah acara biasa, sebaliknya menjadi platform pengalaman interaktif yang menghimpunkan industri kecantikan dan wangian untuk berhubung secara lebih dekat bersama pelanggan serta komuniti pencinta beauty dan fragrance.
Penganjuran ini juga bertujuan menyokong perkembangan industri melalui penyertaan jenama, promosi berimpak tinggi dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.
Dianjurkan oleh KL International Beauty Week, acara ini dijangka menghimpunkan lebih 50 vendor merangkumi pelbagai kategori termasuk perfume, makeup, skincare, wellness, penjagaan rambut serta pelbagai produk kecantikan lain daripada jenama tempatan dan antarabangsa.


Antara yang turut bekerjasama menjayakan acara ini ialah CYOUNG selaku Penaja Bersama dan THYNKER sebagai Rakan Media Rasmi. Penaja minuman rasmi, HWC Coffee pula bakal menyajikan kopi signature mereka kepada pengunjung di The Highlighter MY Café sepanjang acara berlangsung.



Menariknya, Palm Garden Hotel Putrajaya, a Tribute Portfolio dan MOXY Hotel Putrajaya dipilih sebagai Rakan Hotel Rasmi dengan sebanyak 10 bilik hotel akan diubah menjadi “beauty playground” immersive khas untuk tetamu eksklusif.
Setiap bilik bakal dilengkapi set kecantikan kurasi khas di meja solek bersama sleep kits dan kelengkapan mandian premium bagi memberikan pengalaman mewah kepada pengunjung terpilih.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menghasilkan wangian tersuai mereka sendiri menerusi POTIONS Perfume Bar selaku Rakan Rasmi Perfume Bar acara tersebut.
Bukan itu sahaja, pengalaman ini akan dilengkapkan lagi dengan servis ukiran khas oleh Engrave.my yang membolehkan pengunjung memperibadikan botol minyak wangi atau barangan pilihan sebagai cenderahati eksklusif dan hadiah istimewa buat insan tersayang.
Acara ini dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk “Flash Deal Hour”, di mana satu vendor akan dipilih setiap jam untuk menawarkan promosi eksklusif kepada pengunjung.
Beauty Stage pula akan menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti pelancaran produk, sesi soal jawab (Q&A), demonstrasi secara langsung dan perkongsian Beauty Talk bersama pemain industri kecantikan.
Pengunjung turut boleh mencuba nasib di Beauty Games seperti mesin Claw dan Gashapon interaktif, dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bagi mereka yang membuat pembelian minimum RM200 sepanjang acara berlangsung.
Satu lagi tarikan unik yang diperkenalkan ialah “The Fragrance Journal”, di mana pengunjung boleh mengumpul enam cop check-in daripada reruai wangian terpilih bagi menjadikan pengalaman meneroka dunia fragrance lebih menyeronokkan dan interaktif.
Aktiviti ini juga menggalakkan pengunjung berinteraksi secara lebih dekat dengan pelbagai jenama sambil mencuba produk yang ditawarkan.
Dalam masa sama, The Highlighter Café x HWC Coffee bakal menjadi lokasi santai wajib singgah buat pengunjung yang ingin berehat sambil menikmati kopi signature dalam suasana coffee bar yang bergaya dan estetik.

Menurut Pengarah Kreatif KL International Beauty Week, Lira Jamaluddin, “Beauty & Fragrance House 2026” bukan sekadar acara kecantikan biasa tetapi merupakan satu sambutan ekspresi diri, keyakinan dan kreativiti yang menghimpunkan pencinta wangian serta pakar industri dalam satu pengalaman imersif penuh inspirasi dan penemuan baharu.
Beliau berkata, acara itu menjadi ruang untuk pengunjung belajar, meneroka dan memanjakan diri sambil menikmati pelbagai tawaran eksklusif daripada jenama-jenama terkemuka.
Antara jenama yang bakal memeriahkan acara termasuk YOUNG, Simply Famous Perfume, Scentphoria, House of Amar, Bali Surfers Perfume, Malaya Perfumery, Prototype Perfume, Ask Fragrance, Odyssee, Q’rianz Luxe, Amysh Perfume, Govean Perfume, Fammy Faea, Amuse, Entropy, Jung Beauty, Dinto, Jardin Peau, Look Me Pretty Organica, Scent of Pluto, THREE, Trinley, Vaadi Organics, Haneul, Kyanz Perfume, Almas Perfume, Al-almira Perfume, Hassan Mart dan HWC Coffee serta banyak lagi.
Orang ramai yang ingin hadir boleh mendapatkan tiket percuma menerusi Ticket2U dan mengikuti perkembangan terkini acara menerusi Instagram dan TikTok rasmi @KLbeautyweek.



