KUALA LUMPUR, 22 November 2026 – Penggemar minuman unik dan pastri kini mempunyai satu lagi lokasi pilihan apabila Sogno Coffee di Bandar Sri Permaisuri, Cheras mengetengahkan Buttercream sebagai minuman istimewa atau signature drink yang menjadi antara tarikan utama kafe berkenaan.
Selain Buttercream, Pink Matcha Velvet turut mendapat sambutan pelanggan dan menjadi antara minuman paling laris yang ditawarkan di premis itu.

Ketua Pegawai Operasi Sogno Coffee, Eda Afinie Dato’ Hj Mohd Fauzi berkata, kedua-dua minuman berkenaan merupakan antara pilihan utama pelanggan yang berkunjung ke kafe berkenaan.
Selain pilihan minuman, Sogno Coffee turut menawarkan pelbagai pastri termasuk Coquette Nutelle, Chocolate Kunafa Roll, Plain Croissant dan Dubai Chewy bagi melengkapkan pengalaman menikmati hidangan di kafe itu.
Kepelbagaian menu berkenaan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang ingin menikmati minuman bersama pastri ketika bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Orang ramai yang ingin menikmati sendiri keistimewaan Buttercream dan Pink Matcha Velvet boleh berkunjung ke Sogno Coffee di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, selain mencuba pelbagai pilihan pastri yang ditawarkan.

Dalam perkembangan sama, Sogno Coffee turut menawarkan ruang dua tingkat yang boleh dimanfaatkan pelanggan untuk menganjurkan pelbagai acara peribadi, termasuk sesi minum petang, majlis hari jadi dan pertemuan korporat.
Menurut Eda, ruang di tingkat atas premis itu sememangnya dirancang bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lokasi lebih privasi untuk mengadakan sesuatu acara.
“Memang dari awal saya merancang supaya tingkat atas boleh digunakan untuk acara persendirian seperti sesi minum petang dan sebagainya.
“Saya juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat pengiklanan yang sering menganjurkan acara,” katanya.
Premis berkenaan mampu menampung kira-kira 100 pelanggan pada satu-satu masa, selain dilengkapi bilik khas persendirian bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan yang memerlukan suasana lebih tertutup.
Sogno Coffee turut merancang menawarkan perkhidmatan katering bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin membuat tempahan makanan dan minuman dalam kuantiti lebih besar untuk majlis serta acara tertentu.

Nik Saharuddin Bin Nik Mahmood (baju pink) bersama pelajar dan ustaz dari Pusat Tahfiz Al Quran Attifaqiyah Taman Dato Keramat selepas majlis solat hajat kesyukuran dan perasmian Sogno Coffee Cheras.
Pada majlis perasmian premis itu pada Jumaat, Eda bersama suaminya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Saharuddin Nik Mahmood, turut mengadakan solat hajat dan majlis kesyukuran dengan menjemput pelajar Pusat Tahfiz Al-Quran Attifaqiyah, Taman Dato Keramat.
Mengulas pemilihan jenama berkenaan, Eda berkata, perkembangan Sogno Coffee yang berasal dari Kelantan sejak mula beroperasi pada 2023 menjadi antara faktor beliau yakin untuk mengusahakan cawangan itu.
Katanya, beliau tertarik melihat perkembangan jenama berkenaan yang semakin dikenali dan menerima sambutan pelanggan, selain mempunyai keinginan untuk menyokong jenama tempatan yang berasal dari negeri kelahirannya.
“Apabila saya membuat kaji selidik, saya dapati ramai sudah mengenali jenama ini. Sambutan terhadap cawangan baharu juga sangat baik.

“Tambahan pula, Sogno Coffee berasal dari Kelantan dan saya sendiri anak jati negeri itu. Jadi, saya memang tertarik untuk menyokong jenama tempatan,” katanya.
Bagi perancangan jangka panjang, Eda menyasarkan jualan antara RM15,000 hingga RM20,000 dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan operasi cawangan Cheras terlebih dahulu.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan membuka cawangan baharu di lokasi berpotensi seperti Cyberjaya atau Damansara tahun depan, selain meneroka peluang memperluaskan perniagaan menerusi penyertaan dalam ekspo makanan dan pembukaan kiosk, tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan ibu pejabat.








Komen (0)