KPMC Kajang jalin kerjasama serantau dengan Wilayah Riau dalam latihan dan tenaga mahir

  • March 3, 2023
  • 2 min read
KPMC Kajang jalin kerjasama serantau dengan Wilayah Riau dalam latihan dan tenaga mahir

KAJANG, 2 Mac 2023 – Kajang Plaza Medical Centre (KPMC Kajang) mengorak langkah menjalin kerjasama serantau dengan wilayah Riau dalam meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam bidang perubatan dan kejururawatan.

Saroni berkata, jalinan kerjasama ini bertujuan untuk meluaskan kerjasama antara pihak
hospital dengan wilayah Riau melalui perkongsian maklumat dan pertukaran idea menerusi latihan dalam bidang perubatan dan kejururawatan.

Selain itu, kerjasama ini juga memfokuskan
kepada meningkatkan jumlah tenaga mahir bidang kejururawatan daripada Riau untuk
berkhidmat di Malaysia.

Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Naib Canselor University College MAIWP International (UCMI) berkata, latihan praktikal ini akan bermula pada bulan 5 dan melibatkan seramai 1,000 orang pelajar, mengikut statistik Malaysia kekurangan 15,000 jururawat.

Dalam pada itu, Drs. H. Syamsuar menyambut baik usaha ini dan menganggap kerjasama yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan dan sosioekonomi masyarakat Riau.

Dalam majlis yang sama, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berkenan melancarkan wad baharu KPMC Kajang yang bakal memfokuskan kepada penjagaan rawatan bagi pesakit Pediatrik, Perubatan Am dan Pelancongan Perubatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk Haji Saroni Haji Judi, wad baharu ini beroperasi semula pada pertengahan Februari 2023 dan dinaiktaraf bagi memberi keselesaan dan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pesakit sesuai dengan identiti KPMC Kajang sebagai salah sebuah pusat perubatan swasta.

Wad baharu tersebut terletak di tingkat tiga dan menempatkan sebuah bilik yang boleh
memuatkan 5 buah katil dan 6 buah bilik perseorangan yang dilengkapi dengan bilik air dan ruang rehat untuk penjaga.

Sejak dari awal penubuhan pada tahun 2000 oleh Profesor Dr Jamil Shariff, KPMC Kajang
telah menjadi hospital swasta pilihan penduduk Kajang dalam Perbidanan & Sakit Puan, Pediatrik dan kini KPMC Kajang telah menambah beberapa disiplin kepakaran seperti Perubatan Am, Ortopedik, Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Perubatan Kecemasan & Bius, Perkhidmatan Patologi dan Radiologi.

Seusai majlis, Tun Mohd Ali turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan para
petugas perubatan dan pesakit.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Gabenor Riau, Drs. H. Syamsuar, M. Si yang sedang dalam lawatan rangka kerja ke Malaysia. -UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *