LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2023 – SIMBOL KEBERSAMAAN RAKYAT MALAYSIA
PUTRAJAYA, 20 Ogos 2023 – Sambutan Hari Kebangsaan adalah merupakan satu perayaan bersifat nasional yang mana logo dan tema yang ditetapkan menjadi lambang kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia.Sebarang cadangan untuk menggunakan logo dan tema yang berbeza dilihat boleh mengganggu gugat perihal perpaduan dalam membangunkan Negara dan seterusnya membantutkan usaha-usaha Kerajaan untukmemastikan kesejahteraan masyarakat terjamin, menuju pembentukannegara maju. Seharusnya usaha murni yang dilaksanakan oleh Kerajaan mendapat sokongan dan dukungan daripada semua lapisan masyarakat.
Ini kerana masyarakat Malaysia yang akan menentukan perpaduan sebenar yang ingin dikecapi berjaya sepenuhnya atau tidak.Jika kita lihat maksud tersirat di sebalik tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) iaitu ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, ia menterjemahkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi serta membenihkan rasa cintakan yang mendalam kepada negara. Semua sedia maklum bahawa sambutan yang diadakan setiap tahun ini diraikan dengan penuh semangat patriotisme dan cinta kepada negara dengan mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu yang telah bersusah payah memastikan Malaysia terus bebas merdeka dari cengkaman penjajah.Isu yang dibangkitkan ini merupakan salah satu daripada defisit sosial yang telah dikenal pasti mampu menjejaskan perpaduan iaitu politik federalisme. Ia berkait rapat tentang semangat kerjasama, toleransi dan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang perlu ditangani secara berhemah.
Seharusnya pemimpin di setiap peringkat hendaklah memainkan peranan penting sebagai pemangkin perpaduan termasuklahtadbir urus di peringkat persekutuan dan negeri melalui aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial.Kepelbagaian kaum yang ada dalam negara kita harus dijadikan kekuatan serta simbol perpaduan kepada dunia. Usaha membentuk dan mengurus kepelbagaian masyarakat dan budaya memerlukan tindakan lebih bersepadu, berhemah, berintegriti, dan disantuni dengan keputusan yang bijaksana.Semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan usaha ini dapat dicapai dengan kadar yang optimum. Perpaduan yang utuh menjadi tunjang kepada pembinaan Malaysia yang maju, sejahtera dan makmur. Usahlah kita menjadi pencetus kepada perpecahan atau ketidaksefahaman di kalangan rakyat. Sudah tiba masanya untuk semua pihak saling membantu meningkatkan tahap kesepaduan nasional, ia bukan soal untuk mencari siapa yang lebih dan siapa yang kurang, siapa yang baik dan siapa yang buruk, tetapi ia lebih bersifat saling menguatkan bersama tanpa mengira latar belakang mahupun fahaman politik.