PEMAKLUMAN HARI PENAMAAN CALONPILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.161 PULAI DAN DEWAN NEGERI N.13 SIMPANG JERAM, JOHOR1.

  • August 23, 2023
  • 2 min read
PEMAKLUMAN HARI PENAMAAN CALONPILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.161 PULAI DAN DEWAN NEGERI N.13 SIMPANG JERAM, JOHOR1.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon (HPC) PRK Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor pada 26 Ogos2023 (Sabtu).2. Pada HPC, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan dari pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru untuk PRK Parlimen P.161 Pulai dan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar untuk PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor oleh pihak-pihak seperti berikut:a. calon, pencadang dan penyokong; ataub.

mana-mana dua (2) orang daripada mereka; atauc. mana-mana seorang daripada mereka.13. Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankankepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus berkenaan atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, sebelum HPC. 4. Selain itu, bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran.

5. Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon.6. Setiap bakal calon hanya dibenarkan diiringi oleh seorang pencadang calon dan seorang penyokong calon untuk memasuki PPC. Penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada HPC dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.7.

Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.28. Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang / simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan / komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya .

9. SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.Sekian, terima kasih.DATO’ INDERA IKMALRUDIN ISHAKSetiausahaSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia23 Ogos 2023 / 6 Safar 1445H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *