Perlaksanaan #UNDI18 kemenangan buat Malaysia
MUDA mengalu-alukan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa UNDI18 dan pendaftaran pengundi secara automatik bermula pada 15 Disember 2021.
Keputusan untuk mengazetkan pelaksanaan UNDI18 ini adalah sejajar dengan usaha menyuburkan semangat demokrasi kepada rakyat Malaysia seperti yang telah dilaksanakan di seluruh dunia.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga perlu segera bersedia untuk mengemaskini maklumat pengundi berusia 18 tahun ke atas bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak agar semua pengundi yang layak dapat turun mengundi pada 18 Disember 2021 ini.
MUDA ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat untuk memastikan UNDI18 ini tercapai termasuklah kepada 23 orang muda berusia 18 tahun hingga 20 tahun yang telah berjaya menfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching dan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, NGO UNDI18, Sekretariat Solidariti Rakyat dan rakyat jelata yang tidak putus-putus menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan UNDI18 ini.
Ini adalah kemenangan untuk orang muda. Masa ini masa untuk kita.
AMIRA AISYA
SETIAUSAHA AGUNG MUDA