Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai selesai serah memorandum isu roboh bengkel di Sungai Tua

  • August 8, 2022
  • 1 min read
Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai selesai serah memorandum isu roboh bengkel di Sungai Tua

SHAH ALAM: Satu memorandum terhadap isu perobohan bengkel di Sungai Tua telah diserahkan oleh Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai, Datuk Kalai Vanar kepada wakil Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di perkarangan Pejabat Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Shah Alam Selangor, hari ini.

Sebanyak 14 pengusaha bengkel bakal kehilangan punca pencarian pendapatan dan merana kerana tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka kerana bengkel mereka bakal dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Pengusaha bengkel tersebut berharap agar dapat diberikan tapak perniagaan yang baru dan lebih sesuai untuk aktiviti-aktiviti di bengkel.

Salah seorang wakil dari pengusaha bengkel berkata, bengkel yang bakal digantikan sangat kecil dan tidak sesuai untuk aktiviti bengkel seperti sembur cat, bunyi enjin dan mesin yang memerlukan ruang besar.

Penyerahan memorandum telah selesai diserahkan dan perbincangan dua hala sedang dilakukan.

Setelah pertemuan penyerahan memorandum tersebut, pihak wakil SUK bersetuju untuk tidak merobohkan kawasan tersebut sehingga mendapat tapak kawasan perniagaan yang baru. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *