PUTRA NEGERI SELANGOR- Kebangkitan Melayu Selangor

  • May 26, 2023
  • 2 min read
PUTRA NEGERI SELANGOR- Kebangkitan Melayu Selangor

  • PUTRA NEGERI SELANGOR akan melancarkan satu program mengenai KEBANGKITAN MELAYU SELANGOR yang membangkitkan kesedaran dan semangat Anak-anak Melayu Selangor agar tidak tenggelam dimakan masa oleh arus pembangunan.

2. PUTRA NEGERI SELANGOR melihat penyertaan Anak-anak Melayu Selangor didalam bidang kepimpinan politik dan ekonomi agak ketinggalan dibuktikan apabila hanya seorang sahaja dilantik sebagai Exco dalam barisan anggota kepimpinan kerajaan Selangor kerana isunya komposisi kepimpinan kerajaan negeri Selangor hasil pilihan raya negeri PRN ke 14(15) dilihat sebagai tidak seimbang dan membimbangkan anak- anak Selangor.

PUTRA NEGERI SELANGOR berharap pada PRN ke 15(16) akan berlaku kebangkitan dikalangan Anak-anak Selangor bagi memperbetulkan dan memperbaiki keadaan.

PUTRA NEGERI SELANGOR mengesyorkan melaksanakan PROGRAM KEBANGKITAN MELAYU SELANGOR pada bulan Jun/Julai 2023 ini yang akan dianjurkan oleh Badan Perhubungan PUTRA Selangor dibantu oleh beberapa NGO yang terlibat bersama didalam Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan & Putrajaya supaya impak atas perlaksanaan program ini membangkitkan kesedaran anak-anak jati Selangor yang semakin hanyut di telan proses urbanisasi dan penghijrahan.

5. PUTRA NEGERI SELANGOR yang dipengerusikan oleh Dato’ Asmawar b Samat selaku Ketua PUTRA Negeri Selangor memberi peringatan dan ketegasan kepada kepimpinan PUTRA Selangor agar berkhidmat dan berkerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin didalam mesyuarat Biro Politik & Pengurusan pada 25 mei 2023 turut bersama Naib Presiden PUTRA Malaysia Dato’ Aziz Jamaludin selaku Ketua PUTRA Kuala Lumpur & Putrajaya. Dengan harapan program ini mampu memberi lonjakan (trajectory) kepada Parti PUTRA khususnya di negeri Selangor yang akan berhadapan dengan PRN ke-15(16) pada bulan Julai/Ogos 2023 akan datang.

” PUTRA PERKASA NEGARA “

Tuan Mohamed Shahrin bin Ismail
Ketua Penerangan PUTRA Negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *