Supertele ‘Kampung Ke’ Seram Komedi, Tak Kering Gusi! Tampil Pelakon Hebat, Yassin Yahya Sebagai Pelakon Utama

  • May 27, 2023
  • 1 min read
Supertele ‘Kampung Ke’ Seram Komedi, Tak Kering Gusi! Tampil Pelakon Hebat, Yassin Yahya Sebagai Pelakon Utama

Supertele genre seram komedi bakal ditayangkan di pawagam rumah Astro first yang bertajuk ‘Kampung Ke’ bermula 8 Jun 2023.

Pasti tidak kering gusi kerana filem ini menawarkan komedi yang berpanjangan serta pastinya akan menghilangkan ‘stress’ anda!

Malahan, barisan pelakon juga bukan ‘calang-calang’, menampilkan pelakon yang terkenal dan berpengalaman dalam arena komedi seperti Yassin Yahya, Salih Yaacob, AR Badul, Emma Akma, Elyas Iskandar, Vighna dan Haimin.

Supertele ini juga boleh ditonton oleh semula lapisan umur, oleh itu filem ini boleh ditonton seisi keluarga untuk menceriakan hidup anda setelah penat bekerja.

Sinopsis cerita bermula apabila sebuah perkampungan yang harmoni digemparkan dengan kemunculan hantu-hantu yang sudah ditangkap dan dikurung untuk membalas dendam dan menakutkan warga ‘Kampung Ke’.

Disitulah bermulanya pelbagai adegan kelakar, persahabatan, keharmonian, kerjasama serta bantu-membantu dalam menangkap hantu-hantu tersebut.

Antara sisi kelainan yang ditampilkan oleh watak-watak pelakon itu sendiri, dan hantu-hantunya yang tidak menakutkan yang pasti anda tidak kering gusi sepanjang menonton supertele ‘Kampung Ke’ ini.

EA Entertainment sebagai produksi yang mengeluarkan supertele ini, dan Iskandar Isa sebagai pengarah dan idea asal.

Jangan lupa berada di depan kaca tv anda untuk saksikan sendiri cerita hasil kisah benar pengalaman yang lalui oleh pengarah, Iskandar Isa.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *