100 Usahawan IKS Dirakam Dalam Buku Biografi Edisi Pertama, Dilancar di Seremban

SEREMBAN, 5 Februari 2026 – Majlis Soft Launch Buku Biografi Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Edisi Pertama di Malaysia berlangsung dengan penuh gemilang di Klana Resort, Seremban hari ini.

YB Veerapan Superamaniam

Majlis berprestij itu telah disempurnakan oleh YB Veerapan Superamaniam dan dianjurkan oleh JC Scope Marketing, menghimpunkan tokoh-tokoh usahawan serta pemain industri dari seluruh negara.
Penerbitan buku tersebut menampilkan 100 usahawan IKS yang berjaya, sekali gus menjadi dokumentasi bersejarah terhadap pencapaian usahawan tempatan.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah signifikan dalam merakam kisah kejayaan sebenar anak tempatan serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi baharu yang ingin menceburi dunia keusahawanan.

Dalam ucapannya, YB Veerapan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JC Scope Marketing atas usaha menganjurkan majlis yang bukan sahaja mengiktiraf pencapaian usahawan, malah membuka lebih banyak ruang rangkaian perniagaan dalam kalangan IKS serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau turut mengumumkan bahawa Majlis Anugerah Usahawan dirancang untuk diadakan pada Jun 2026 sebagai kesinambungan kepada inisiatif ini. Menurut beliau, majlis tersebut dijangka menjadi pemangkin semangat kepada usahawan serta menggalakkan persaingan sihat dalam dunia perniagaan.

Pada masa sama, YB Veerapan menyentuh mengenai pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam memperkasa sektor keusahawanan, antaranya:
Geran TUNS sehingga RM3,000
Pinjaman TUNS Plus tanpa faedah (ditangguhkan sementara)
Geran Padanan TUNS Extra sehingga RM30,000
Penubuhan Galeri Jualan IKS di Bandara Sunggala, Port Dickson
Beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong pembangunan usahawan tempatan agar lebih berdaya tahan, berdaya saing serta mampu menembusi pasaran nasional dan antarabangsa.

Majlis pelancaran itu diakhiri dengan sesi simbolik pelancaran buku serta sesi jaringan antara usahawan yang hadir, sekali gus mengukuhkan hubungan strategik dalam kalangan pemain industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *