4 Legends Bakal Mengegarkan Majlis Makan Malam Amal 2 Jun ini
KUALA LUMPUR : Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan.
Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti
membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan
juga yang hilang upaya.
Datuk Khatijah Ibrahim yang juga salah seorang ‘legends’ yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk. membantu rakan-rakan seperjuangan kami untuk dana rawatan, sewa tempat tinggal, makanan, dan kewangan untuk anak-anak mereka.
” Zaman dulu, artis mudah untuk mencari rezeki dengan persembahan gig, kini satu tamparan bagi saya, jika ada artis mati kerana papa kedana.
Dengan demikian kami amat berharap untuk mendapat sokongan dari individu
atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang gemilang
yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana
berikut :-
- Penaja Meja Berlian – RM 100,000
- Penaja Meja Platinum – RM 50,000
- Penaja Meja Emas – RM 10,000
- Penaja Meja Perak – RM 5,000
- Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000
Salah satu Legends yang turut serta adalah Ramli Sarip, yang menjanjikan kejutan kepada penonton yang hadir pada malam amal nanti.
” Bagi saya, saya harus berikan persembahan yang terbaik kepada mereka supaya menjadi pengajaran kepada anak muda.
Ramli Sarip, tersentuh dengan tujuan projek ini, bukan mudah menjana pendapatan sebagai anak seni pada waktu ini. Disebabkan itulah kita sebagai anak seni sangat memerlukan satu sama lain.
“Anugerah dan bakat pada saya harus di kongsi, kerana itu saya ingin kan beri yang terbaik kepada mereka yang hadir ke majlis makan amal ini serta memberikan sumbangan kepada artis yang terkesan.
“Kami juga Menggunakan khidmat muzik dari ASWARA, supaya ‘arrangement’ muzik lagi cantik dan ini adalah persembahan eksklusif kepada mereka.
Penyanyi, Rahimah Rahim, berkata terima kasih pada Persatuan Karyawan Malaysia kerana menjemput saya membuat persembahan di Malaysia serta akan menyanyikan lagu hit beliau ‘Gadis dan Bunga’ .
Program makan malam ‘Legends’ ini akan diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), 8:00 hingga 11:00 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.
Mengenengahkan empat artis legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim.
Persembahan berformat revival ini akan akan menampilkan persembahan empat bintang legenda yang telah membina industri seni tanahair selama ini.
Bakal diiringi oleh pemuzik berbakat dari ASWARA dibawah kelolaan Profesor
Ramlan Imam.
Bagi pihak yang berminat, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi
talian Dato’ Freddie Fernandez di talian 012-2071400 emel fredez2009@gmail.com atau Ahmad Abdullah 014-7176276) emel nurahamad@gmail.com).
Pembayaran adalah melalui online transfer di atas nama Persatuan Karyawan Malaysia nombor akaun 3108024130 Public Bank Berhad, Cawangan PJ New Town.
Memang berbaloi dan tidak rugi apabila anda dapat menyaksikan sendiri 4 Legends negara, bergabung pada makan malam amal ini nanti! – UTV