Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia Bakal Berlangsung di Sunway Convention Centre Bermula 9 Ogos

  • August 9, 2022
  • 2 min read
Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia Bakal Berlangsung di Sunway Convention Centre Bermula 9 Ogos

PETALING JAYA: Malaysia akan menerima kehadiran 3,500 delegasi atlet serta pegawai apabila menjadi tuan rumah Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 yang  bermula hari ini sehingga 20 Ogos di Sunway Convention Centre.

Setiausaha Agung Persatuan Muay Thai Malaysia, Dr. John Mohd. Abdul Rahim jelaskan kejohanan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dengan mempertandingkan 200 kategori membabitkan penyertaan peserta berumur 8 hingga 17 tahun.

“Acara besar-besaran ini adalah untuk memberikan kesedaran awal kepada anak-anak muda untuk mengembangkan bakat mereka serta bersaing di peringkat tertinggi.

“Acara Kejohanan Muay Thai Remaja ini mempunyai dua kategori, pertama adalah kategori remaja berumur 8 tahun sehingga 17 tahun, dan Grand Slam untuk peringkat umur dewasa.

Perasmian acara ini bakal dilakukan bertempat di Sunway Lagoon oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri.

Kata John, ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi ‘tuan rumah’ kepada program Kejohanan Muay Thai, namun untuk kategori remaja adalah pertama kali dianjurkan.

“Sasaran kami untuk memaperkan sukan Muay thai ke peringkat yang lebih tinggi serta mencungkil bakat remaja setanding atlet dunia, sukan Muay Thai kini juga amat digemari oleh remaja di Malaysia.

“Kepada peminat-peminat sukan Muay Thai atau sesiapa yang berminat untuk menyaksikan sendiri kejohanan ini boleh mendaftar secara online di https://muaythaimalaysia.rsportz.com/, secara percuma dan tempat adalah terhad,”katanya. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *