KUALA LUMPUR – Dalam dunia hiburan yang sering meraikan glamor dan penampilan, penyanyi baharu Emmjay Addams memilih untuk berdiri dengan cara berbeza — bukan menjual wajah, sebaliknya mempertaruhkan jiwa, suara dan kejujuran rasa.
Menerusi showcase solo pertamanya yang berlangsung baru-baru ini,beliau melangkah penuh berani memperkenalkan identitinya kepada industri muzik tempatan. Bukan sekadar persembahan biasa, pentas tersebut menjadi simbolik kepada“kelahiran semula” seorang anak seni yang membawa misi lebih besar — menyembuhkan hati melalui muzik.
“Saya tak jual muka. Saya jual suara, lagu dan cerita,” ujar Emmjay tenang, namun penuh makna.

Menurutnya, kebanyakan karya yang dihasilkan berkisar tentang kesihatan mental, perjuangan melawan diri sendiri, dan keberanian untuk menerima emosi.
“Kadang-kadang orang ingat tak menangis itu kuat. Tapi sebenarnya kita manusia. Kita berhak sedih, kita berhak lemah. Lagu-lagu saya untuk orang yang perlukan ruang untuk rasa dan sembuh.”
Pendekatannya jelas berbeza. Tiada gimik, tiada sensasi. Hanya balada tulus yang lahir daripada pengalaman hidup.
Emmjay Addams turut mendapat perhatian sorang penggiat industri yang dikenali sebagai AbgDee(Jangan Ketawa) kini bertindak sebagai mentor dan penasihat kerjayanya.


Abg Dee bercerita bakat Emmjay ditemui secara kebetulan ketika satu acara di Pulau Pinang. “Abg Dee tengah meeting tiba-tiba dengar sayup suara nyanyian, Ingat radio atau CD. Rupanya Emmjay. Dari situ saya tahu, suara ini bukan biasa-biasa,” cerita Abg Dee.
Baginya, dalam lambakan bakat yang hampir serupa di pasaran, keunikan identiti adalah kunci. Menurut Abg Dee
“Ramai diluar sana nak jadi penyanyi, ramai nak jadi artis. Tapi apa ‘rempah’ yang membezakan? Emmjay ada rasa itu. Dia ada jiwa.”
Beliau yakin Emmjay bukan sekadar penyanyi pentas kecil, sebaliknya berpotensi “dilancarkan seperti roket” ke tahap lebih tinggi. Musik Balada sebagai identiti Dilahirkan dalam latar muzik pop moden, Emmjay bagaimanapun memilih untuk kembali kepada akar emosinya — genre true ballad.



“Saya penyanyi, bukan rapper. Saya nak orang dengar lirik, rasa cerita. Bila orang dengar lagu saya, saya nak mereka sembuh,” -Emmjay
Emmjay menyatakan, muzik bukan sekadar hiburan, tetapi terapi. Malah beliau juga aktif menulis buku dan lagu, menjadikan seni sebagai medium penceritaan hidup yang lebih luas. Langkah pertama, impian lebih jauh.


Menurutnya lagi Showcase sulung ini bukan noktah, sebaliknya permulaan perjalanan panjang. Dengan suara yang lunak namun sarat emosi, ditambah bakat penulisan lagu yang matang, Emmjay Addams dilihat sebagai antara nama baharu yang mampu memberi warna segar dalam industri.
Di saat ramai berlumba mencari perhatian, beliau memilih jalan berbeza — membiarkan muziknya berbicara.
Dan mungkin, dalam dunia yang bising, kejujuran seperti inilah yang paling kuat bunyinya.- (Ali Photoq baru belajaq menulis tau!! Hehe….0163685147



