Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan penyitaan terhadap aktiviti penjajaan air balang di sekitar pada 14 Februari lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan bahawa kawasan berkenaan merupakan zon larangan menjaja yang dikuatkuasakan bagi memelihara imej bandar raya, tahap kebersihan serta nilai warisan lokasi bersejarah tersebut yang menjadi kebanggaan warga kota dan tarikan pelancong.
Menurut kenyataan itu, tindakan sitaan telah dijalankan oleh petugas penguat kuasa selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada selepas didapati berlaku aktiviti penjajaan tanpa kebenaran di kawasan berkenaan.
DBKL turut menegaskan bahawa larangan tersebut penting bagi memastikan persekitaran Dataran Merdeka sentiasa terpelihara, teratur dan selamat, selain mengekalkan keindahan landskap serta identiti warisan yang menjadi simbol sejarah negara.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghormati peraturan yang ditetapkan.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kawasan bersejarah itu terus berada dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk dikunjungi oleh masyarakat tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara.



