Kini Berlangsung! Festival Halal & Perayaan Paling Meriah di Genting Highlands (Madison Square) — Chinese New Year Bazar 2026 Menanti Anda!

Genting Highlands, Malaysia | 13 Februari – 3 Mac 2026 — Musim perayaan tahun ini tampil lebih meriah apabila Chinese New Year Bazar 2026 kini rasmi berlangsung, menghimpunkan pelbagai jenis makanan halal, budaya dan hiburan dari negara China dan Malaysia dalam satu pengalaman perayaan berskala besar yang wajib anda dikunjungi.

Steven idris Chief OPERATING OFFICER DR ZADA
Khairul Haizal FOUNDER ZADA
Chef Mohd Khir Johari
Zulina ZULKIFLI PEGAWAI PEMASARAN ZADA EVENT
Syed Muzzin Jamil CHIEF DESIGNER
Malik Ma Yunkang HEAD OF EVENT MANAGER
DR PASAR EATAI

Dianjurkan oleh Zada Event Management dengan kerjasama strategik Pasar Eatai dan CP Ventures, festival ini akan berlangsung selama tiga minggu dan dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa sepanjang musim Tahun Baru Cina.

Menariknya acara ini bukan sekadar bazar biasa — tetapi sebuah festival yang akan memberikan anda pengalaman luarbiasa lengkap menggabungkan gastronomi halal antarabangsa, persembahan hiburan, aktiviti keluarga dan suasana perayaan yang meriah dalam satu lokasi pelancongan ikonik.

Cuti Chinese New Year 2026 kali ini akan terasa berbeza ketika menikmati suasana dingin sejuk menyelubungi bersama menikmati keindahan Genting highland namun tidak melupakan selera makanan halal, Disini semuanya bergabung dari segi Rasa, Budaya & Hiburan dicipta dan di zahirkan di platform festival berskala besar yang menghimpunkan vendor makanan, usahawan F&B serta jenama tempatan dan global dalam suasana perayaan yang meriah dan mesra keluarga.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan halal tempatan dan antarabangsa, street food trending, dessert popular serta pengalaman kulinari unik yang jarang ditemui dalam satu festival perayaan.

Kambing bakar VIRAL
Mee Tarik pasti membuka selera

Selain gastronomi, suasana festival turut dipenuhi hiburan pentas, muzik, persembahan budaya, aktiviti interaktif serta dekorasi Tahun Baru Cina yang memukau — menjadikan setiap kunjungan satu pengalaman penuh warna dan kenangan.

Platform Festival Bertaraf Antarabangsa!

Menurut pihak penganjur, festival ini diwujudkan sebagai platform untuk memperkenalkan pengalaman halal sebagai gaya hidup global yang merangkumi budaya, komuniti dan pelancongan — bukan sekadar makanan.


Kolaborasi bersama Pasar Eatai dan CP Ventures membawa kepelbagaian vendor serta konsep bazar yang lebih dinamik dan bertaraf antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan festival ini antara acara makanan halal dan bazar perayaan utama di Malaysia.

Rakan Media dan Penganjur bergambar kenangan

Lokasi strategik festival turut memastikan aliran pengunjung yang konsisten sepanjang tempoh acara, khususnya ketika musim cuti perayaan dan hujung minggu, sekali gus memberi impak positif kepada vendor, usahawan tempatan dan industri pelancongan.

Tarikan Utama Yang Menanti Pengunjung Sepanjang festival berlangsung, pengunjung boleh menikmati:


✔ Pelbagai pilihan makanan halal tempatan & antarabangsa
✔ Vendor street food, dessert dan produk F&B trending
✔ Hiburan pentas, muzik dan persembahan festival
✔ Aktiviti keluarga dan pengalaman bazar interaktif
✔ Dekorasi Chinese New Year yang meriah dan fotogenik
Pengalaman Perayaan Untuk Semua
Festival ini selaras dengan misi penganjur untuk memperkukuh industri acara dan F&B melalui platform berskala besar berkonsepkan Halal Cuisine, Cultural Fest dan Tourism Experience.


Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan untuk menikmati pengalaman bazar perayaan yang meriah, selamat dan mesra keluarga sepanjang tempoh acara berlangsung.


BUTIRAN ACARA
Nama Acara: Chinese New Year Bazar 2026
Tarikh: 13 Februari – 3 Mac 2026
Masa: 12.00 Tengah Hari – 11.00 Malam
Lokasi: Madison Square, Resorts World Genting
Penganjur: Zada Event Management
Rakan Kerjasama: Pasar Eatai & CP Ventures
Konsep: Chinese New Year Bazar & Halal Food Festival


MAKLUMAT LANJUT
Untuk kolaborasi, penyertaan vendor atau pertanyaan lanjut:
Zada Event Management
📞 +60 14-338 9949
📧 info.zadaevent@gmail.com
🌐 www.zadaevent.com�

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *