Agihan makanan untuk pelajar asnaf di pusat pengajian.

  • March 26, 2023
  • 2 min read
Agihan makanan untuk pelajar asnaf di pusat pengajian.

KUALA LUMPUR 26 Mac 2023 – Sebanyak 3,000 pek makanan berbuka puasa telah
dan akan diagihkan kepada golongan asnaf khususnya pelajar di institusi pengajian
tinggi dan anak yatim, sepanjang bulan Ramadan ini melalui Program Kongsi Rezeki
Ramadan.
Pengagihan pek berbuka puasa itu telah bermula pada 1 Ramadan melibatkan 200
pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi, Selangor.
Menu yang disajikan adalah berkhasiat dan berkualiti bagi memastikan golongan asnaf
benar-benar dapat menikmati juadah yang enak ketika berbuka puasa.
Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, program ini
diadakan bagi memastikan golongan asnaf tidak terpinggir dan dapat merasai nikmat
ketika berbuka.
“Di saat kita mampu membeli pelbagai juadah berbuka dan menikmati makanan yang
lazat, masih ada lagi mereka yang tidak bernasib baik.
“Menginsafi hal ini, Program Kongsi Rezeki Ramadan menyediakan juadah berbuka
berupa pek makanan kepada golongan fakir miskin dan Asnaf melalui pengagihan
secara reach out kepada golongan sasar, ” kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian ketika menyantuni dan mengagihkan juadah berbuka puasa
kepada pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat di sini hari ini.
Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri, program ini juga memupuk dan menyuburkan semangat
Keluarga Malaysia, untuk saling bantu membantu khususnya terhadap golongan
memerlukan di bulan yang mulia ini.
Pada hari ini, sebanyak 100 pek makanan di agihkan kepada pelajar Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah dan 120 pek makanan kepada penghuni Rumah Limpahan Kasih yang
beroperasi di Puchong, Selangor.
Dari jumlah 3,000 pek makanan yang diagihkan sepanjang Ramadan, sebanyak 500
diperuntukkan kepada petugas keselamatan.
Sumbangan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban pengawal keselamatan
yang berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *