Kilang kertas Rasa kekal prestasi taraf global

  • March 25, 2023
  • 2 min read
Kilang kertas Rasa kekal prestasi taraf global

HULU SELANGOR, RASA – Patuh arahan pihak berkuasa, kilang kertas TSP 3G Sdn Bhd menutup sebahagian operasinya yang dilaporkan tidak mengikut pematuhan pihak berkuasa.

Namun begitu, situasi tersebut tidak melumpuhkan operasi kilang bertaraf global itu malah kekal meneruskan perkhidmatan penghasilan kertas berkualiti tinggi.

Penolong Pengurus Besar, TSP 3G Sdn Bhd, Wong Kien Onn berkata, pihaknya akur dengan arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan tiada aktiviti kilang yang mengundang kepada pencemaran.

“Proses pembuatan produk kami mesra alam sekitar dan menjalankan pengeluaran dengan mengamalkan ‘0’ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ dalam proses pengeluaran kertas dan ๐˜—๐˜Œ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ด.

“Bahan mentah yang kami gunakan dari jenis ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ-๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฌ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฏ yang bersih serta bebas daripada sebarang pencemaran.

“Bahan mentah ini 100 peratus diimport daripada luar negara dan digunakan bagi pengeluaran ‘๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜บ๐˜ค๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ช๐˜ณ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜’๐˜ณ๐˜ข๐˜ง๐˜ต ๐˜—๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ’ dan ๐˜—๐˜Œ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ด,” katanya.

Jelas beliau, TSP 3G telah mendapat ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ daripada ASTRADA yang menjadi bukti sebagai pengeluar pertama dan terunggul yang menggunakan jenis bahan mentah serta teknologi digunapakai ketika ini.

Malah menurutnya, proses pengeluaran, pembuatan kilang mereka diikitiraf serta mendapat sokongan daripada Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).

Katanya, TSP 3G juga berjaya mandapat beberapa sijil akredetasi antarabangsa seperti ISo 9001, ISO 14001,FSC dan ECO Label dari SIRIM.

Tambah beliau, berhubung laporan berkaitan lesen kitar semula bahan plastik, TSP 3G juga telah mengemukakan permohonan daripada PBT dan hanya menunggu kelulusan.

“Kami juga telah mengasingkan tempat penyimpanan tong kosong di tempat tertutup dan jauh dari anak sungai.

“Semua pematuhan arahan ini kami penuhi dan mengikut peraturan sedia ada,” ujarnya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan tindakan penguatkuasaan dilakukan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap dua premis di sekitar Rasa yang dipercayai mengakibatkan pencemaran.

Susulan itu, notis penutupan sementara dikeluarkan termasuk arahan mengalihkan tong asid ke tempat selamat.

Caption:

  1. Wong Kien Onn memegang bahan dari jenis ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ-๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฌ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฏ yang akan dikitar semula menjadi kertas.
  2. Wong Kien Onn

Leave a Reply

Your email address will not be published.