Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Akaun Tiktok palsu yang menggunakan nama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail

Berita Terkini admin 0 bacaan 0 komen

Pejabat Menteri Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat beberapa akaun palsu di TikTok yang telah menyalahgunakan nama dan gambar YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail untuk menipu orang awam.

Akaun rasmi Tiktok YB Datuk Seri Saifuddin Nasution adalah menggunakan nama penuh beliau SAIFUDDIN_NASUTION seperti pautan berikut:

Akaun-akaun palsu yang dikesan ini mendakwa kononnya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution ingin menyalurkan bantuan kewangan melalui pautan WhatsApp yang diletakkan di ruangan bio. Sebenarnya, ini adalah satu PENIPUAN yang bertujuan memperdaya orang ramai untuk membuat bayaran pendahuluan (advance payment).

Pihak kami telah mengesan beberapa akaun palsu dan telah pun membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak TikTok. Setakat ini, tiga akaun telah disekat oleh pihak Tiktok seperti berikut:

  1. Saifuddin_Nasution0
  2. Saifuddin_Nasution1
  3. Saifuddin_Nasution12

Namun begitu, kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak akaun palsu akan terus diwujudkan. Oleh itu, kami menyeru agar orang ramai sentiasa berhati-hati, tidak mudah percaya dan sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak.

✅ Sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum mempercayai sebarang tawaran bantuan.
✅ Tidak menghubungi atau berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana akaun yang meragukan.
✅ Tidak membuat sebarang bayaran kepada mana-mana individu atau akaun media sosial yang mendakwa mewakili YB Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak YB Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak akan sesekali meminta bayaran bagi sebarang bentuk bantuan.

Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penipuan ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi media sosial YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail untuk maklumat yang sahih dan terkini.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *