Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Bob Lokman meninggal dunia

PETALING JAYA: Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman disahkan meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Setelah beberapa kali episod keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan komplikasi jantung, Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, 58, telah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita duka ini turut dikongsikan beberapa kenalannya menerusi media sosial.

“Bob Lokman telah pergi, kurang lebih jam 1 pagi tadi ya. Bob telah kembali ke rahmat Allah dalam lena tidurnya,” kata Sabri Yunus menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau.

Sebelum ini, Bob dikhabarkan terpaksa bergantung nyawa dengan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Lebih lanjut, bateri jantungnya hanya berbaki 10 peratus dan tahap kesihatannya sangat berisiko tinggi.

Terdahulu, pemantauan tahap kesihatan Bob dilakukan setiap tiga bulan di hospital bagi rawatan susulan serta perlu bergantung kepada ubat-ubatan. Jenazah Bob dijangka akan dikebumikan sebaik solat Isyak hari ini.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *