Busana Muslimah ‘Bidadari Syurga’ Serba Elegan & Bold Buat Wanita Plus Size

  • September 20, 2022
  • 2 min read
Busana Muslimah ‘Bidadari Syurga’ Serba Elegan & Bold Buat Wanita Plus Size

Seringkali kita dengar keluhan daripada golongan wanita di luar sana, terutama sekali yang bersaiz besar bergelut dengan masalah mencari busana yang bersesuaian dengan tubuh badan mereka. Jika menemui saiz yang bersesuaian, masalah lain seperti jenis dan ‘material’ kain serta potongan badan yang tidak bersesuaian pula timbul.

Memahami kesukaran wanita ‘plus size’ dalam mencari pakaian yang bersesuaian, satu jenama baharu ‘Bidadari Syurga’ tampil dengan koleksi rekaan Jubah (Plus Size) dan Khimar (tudung labuh) didatangkan khas buat mereka. Rekaan ini dicipta agar dapat membantu para wanita diluar sana untuk tetap bergaya selain memudahkan urusan untuk solat ketika bermusafir.

Satu majlis pelancaran Koleksi Jubah, Khimar dan wangian Noura Kay Fragrance telah disempurnakan oleh Y.A.M Raja Datin Saidatul Mariah binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah bersama founder Bidadari Syurga YBhg Dato’ Noura Kay pada 17 September 2022.

Koleksi tersebut diinspirasikan oleh pengasasnya sendiri di mana beliau amat gemar memperagakan fesyen gaya ‘berani’ dan terbukti bahawa bersaiz besar tidak menjadi halangan untuk kelihatan esklusif, elegan dan bergaya namun masih menutup aurat.

Rekaan Plus Size Abaya (Jubah) Bidadari Syurga diinspirasikan oleh Noura Kay didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam dan Hijau Zamrud. Abaya ini berpotongan ‘baggy’ dengan ‘material’ jenis creepe, bertekstur lembut dan sejuk menjadikan ia amat sesuai digunakan sebagai pakaian harian.

Manakala koleksi Khimar (Hijab Panjang) Bidadari Syurga pula didatangkan dalam 3 warna iaitu Hitam, Mustard dan Hijau Zamrud dari material ‘heavy chiffon’ yang tidak panas, lembut beralun, labuh dan berkualiti, mempunyai dua lapisan dan tidak jarang, senang dibawa untuk bersolat dan mengikut syariat Islam. Istimewanya, ia didatangkan dari saiz ‘fit’ dari L-XXL dan hanya perlu sarung tanpa menggunakan pin.

Selain itu, sebagai penggemar tegar koleksi haruman minyak wangi antarabangsa, YBhg Dato’ Noura Kay telah menjadikan hobi beliau sebagai inspirasi mewujudkan perniagaan berasaskan bauan minyak wangi ini. Koleksi minyak wangi beliau telah mencecah 300 botol dan dikumpul semenjak 10 tahun yang lalu.

Wangian Noura Kay fragrance pula dicipta khas buat wanita bekerjaya dan tahan lasak dan didatangkan dalam dua jenis wangian iaitu “Exclusive” dan “Attraction”. Kedua-duanya sangat harum dengan bauan flora dan sangat sesuai dibawa ke tempat kerja dan majlis keraian.

Bidadari Syurga merupakan anak syarikat Induk Expert Laundry yang dimiliki oleh Tuan Adllan Harith, anak bongsu YBhg Dato’ Noura Kay. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Bidadari Syurga di https://www.facebook.com/biddadarisyurgaa (facebook), https://instagram.com/biddadarisyurgaa (Instagram) dan @bidadari_stuffs5502 (Tik Tok).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *