DUA MINGGU BERTURUT-TURUT SHILA AMZAH & SYAHIR BERADA DI ZON SELESA, NAMUN MINGGU KETIGA TUMPAS DI TANGGA TERAKHIR
Petaling Jaya, 31 Oktober 2023 – Shila Amzah yang merupakan Juara bagi Anugerah Juara Lagu 36,
terus mendominasi pentas persembahan dengan aura sebagai penyanyi professional di peringkat
antarabangsa. Manakala, adiknya Syahir masih mencari rentak dan identiti apabila berduo bersama
kakaknya dalam Famili Duo minggu ketiga ini.
Menurut juri tetap Ajai, “Sekarang Famili Duo berada di minggu ketiga, sepatutnya tiada masa lagi untuk
segi pembelajaran. Syahir seharusnya kena tonjolkan diri, sebab persembahan sebentar tadi pun masih
ada bahagian yang tak dihafal. Apa yang saya nampak adalah kurang dari segi penjiwaan dan
penyampaian lagu yang masih tak seiring lagi. Jadi dengan baki lima episod, Syahir perlu tonjolkan diri dan
bantu kakak awak kerana ini bukan masa untuk belajar lagi. Shila sudah memberi persembahan demi
kamu, jadi kamu juga perlu memberi persembahan demi kakakmu. Baru jadinya berduo lebih baik”.
Persembahan bertemakan ‘Rock – Medley Slow & Fast’ pada hari Ahad, 29 Oktober 2023 lalu telah
menyaksikan kemenangan oleh pasangan duo adik-beradik Adira & Emma Suhaimi dengan pembawaan
medley lagu ‘Tiada Tangis Lagi’ dan ‘Hukum Karma’. Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di
minggu ketiga #FamiliDuo:
Dapatkah Shila Amzah & Syahir memperbaiki strategi
mereka untuk kembali menggegarkan pentas Famili Duo 3 minggu hadapan bertemakan ‘Dangdut
Hindustan’?
Selepas dua minggu berturut-turut menjadi naib juara mingguan, episod ke-3 kali ini menyaksikan duo
adik-beradik ini di tangga tercorot dengan markah sebanyak 42.5%. Perkara yang dikomen oleh juri
profesional Mas Idayu dan Ajai juga saban kali menegur pembawaan Syahir di pentas persembahan yang
dikatakan tidak memberi hasil atau penjiwaan yang setaraf dengan kakaknya.
- Adira & Emma Suhaimi – 62.9%
- Sharif & Syaiful Zero – 60.9%
- Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 55.5%
- Tom & Fuad Rahman – 45.0%
- Ryan & Adam Bakery – 43.3%
- Shila Amzah & Syahir – 42.5%
Juara mingguan kali ini telah menyahut cabaran untuk membawakan tema ‘Dangdut / Hindustan’ ke pentas
Famili Duo 3! Dapatkah Shila dan Syahir menebus kembali carta dengan persembahan di luar jangkaan
pada minggu hadapan? Atau adakah duo selebriti lain akan terus memberi konsep yang terhangat dan
mencuri perhatian juri yang juga ratu dangdut, Mas Idayu?
Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan
rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai
Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit
eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit). Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan
lagi perbualan di laman sosial media.
Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 29
Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang
program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di
@TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.
- TAMAT –
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Farina Ashrudin : HP 019 663 4584 farina@tv3.com.my
Lee Chai Yin : HP 012 902 7510 lcyin@mediaprima.com.my
Lieu Lui Meng : HP 018 765 8736 lui.meng@tv3.com.my
Nurin Amaliya : HP 012 654 1413 nurinamaliya@tv3.com.my
Efendi Amir : HP 018 313 5124 efendi.amir@tv3.com.my
Mengenai TV3
Stesen No. 1 Negara yang telah beroperasi sejak tahun 1984 telah menerbitkan rancangan pelbagai genre yang
sering mendapat tempat tertinggi dan kandungan yang tidak dapat dilupakan. Antaranya adalah drama bersiri – 7
Hari Mencintaiku 2, Kampung People, Takdir Yang Tertulis, Kekasih Hati Mr Bodyguard, Cukup Derita Itu dan
Sabarlah Duhai Hati. Rancangan Anugerah – Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian,
Anugerah Skrin dan Anugerah Drama Sangat. Rancangan Realiti – Vokal Mania (VM), I Can See Your Voice
Malaysia (ICSYVMY), Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) dan Master In The House Malaysia (MITHM).
Program tunggak utama TV3, Buletin Utama secara konsisten mengekalkan kadar penonton harian tertinggi,
sementara saluran YouTube TV3 @TV3MALAYSIAOFFICIAL adalah salah satu saluran YouTube yang paling
banyak dilanggan di Malaysia, di mana penonton dapat menstrimkan program TV popular TV3.
Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram
(@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), atau tonton menerusi myFreeview CH103, Astro
CH103, unifi CH103, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.