PUTRAJAYA, 1 NOVEMBER 2023- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan
harga barang di premis-premis di seluruh Negara.

Tujuan pemeriksaan dan pemantauan ini dilaksanakan bagi meninjau situasi
semasa yang berlaku di lapangan berhubung penjualan ayam susulan
penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam bermula hari ini iaitu 1
November 2023 seperti yang telah diumumkan oleh YB Datuk Seri Mohamad
Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan pada 30 Oktober 2023.


KPDN telah menggerakkan anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk
menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] bagi memantau situasi harga ayam yang
diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku
kenaikan harga yang tidak munasabah.

Pada masa yang sama, KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN setiap hari melibatkan hampir 1,500 premis meliputi Pasar Basah, Hypermarket dan Supermarket, Pasar Mini dan Kedai Runcit di seluruh Malaysia.

Walau bagaimanapun, Kerajaan masih mengekalkan subsidi dan kawalan ke
atas harga telur ayam gred A, B dan C dengan menggunakan mekanisme sedia
ada di bawah Penentuan Harga Maksimum Telur Ayam yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Penentuan Harga
Maksimum) 2023 juga berkuat kuasa bermula 1 November 2023.

Pelaksanaan kawalan di bawah Penentuan Harga Maksimum Telur Ayam ini dilakukan ke atas barangan harga terkawal bagi semua peringkat iaitu pengeluaran, pemborongan dan peruncitan.

Ini termasuklah penggunaan tanda khas warna merah jambu (pink plate) yang turut dikuatkuasakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) (No. 5) 2023.

Kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan 2011 (Akta 723]:

II. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu) bagi kesalahan pertama atau didenda oleh mahkamah sehingga RM250,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya; dan Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima atau pertama sehingga didenda
Ratus Ribu) bagi kesalahan RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya.

Seterusnya, menurut Seksyen 4 Akta Persaingan 2010:
Jika mana-mana perusahaan dalam industri ayam berpakat atau bersekongkol untuk menetapkan untuk menaikkan atau menurunkan harga atau menetapkan syarat perdagangan yang sama atau menghadkan pengeluaran atau membahagi pasaran dengan tujuan untuk menganggu persaingan dalam pasaran, mereka semua boleh dikenakan penalti
kewangan sebanyak 10% dari modal pusing ganti.

Jumlah penalti kewangan ke atas jenis-jenis kartel di atas itu adalah mengikut Seksyen 40 Akta yang sama.

Selain itu, KPDN juga ingin memberikan amaran keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang berkuat kuasa dengan mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas
oleh pihak KPDN.

Pengguna turut disarankan agar memanfaatkan sepenuhnya aplikasi mudah alih Price Catcher semasa berbelanja dan membuat perbandingan harga serta merancang perbelanjaan secara berhemah.

KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada Kementerian sekiranya berlaku salah laku oleh peniaga berhubung perkara berkaitan bersama butiran aduan yang lengkap melalui saluran berikut:


i. WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my.
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. E-mel e-aduan@kpdn.gov.my:
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN;
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088/6245