Ernie Zakri sebagai Duta Tudung Jenama Ayuwan, Lancar Lagu Raya ‘Hahahaha Hari Raya’

KUALA LUMPUR : Tudung merupakan salah satu pelengkap pakaian yang paling penting bagi wanita.

Tudung pula harus dipadankan dengan baju si pemakai, sama juga seperti Ernie Zakri seorang yang cantik manis sesuai sebagai duta kepada produk jenama tudung eksklusif ‘Ayuwan’ dengan slogan ‘Berani Tampil Cantik’.

Ayuwan ada set Koleksi Gelora Raya Bersama Ayuwan produk tudung seperti Monogram, Moroccon, Gemala, Birai, Ayu, Desa, Pancawarna dan Spora.

Apa yang menariknya, kesemua coral tudung ini dipilih oleh Ernie Zakri sendiri, memang sangat eksklusif dan bergaya di Hari lebaran nanti!

Disamping itu, Ernie Zakri bintang bersuara hebat ini juga tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi dengan menampilkan sebuah lagu raya baharu berjudul ‘Hahahaha Hari Raya’.
Lagu ini merupakan ciptaan serta lirik oleh Ernie Zakri sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, dan Ajay Amai. Disusun dan diterbitkan oleh Adib Hussin serta Glowrush, lagu ini mempunyai gaya yang tersendiri.
Kata Ernie, lagu ini turut ditampilkan dengan sebuah video muzik yang dirakam semasa bulan puasa.

“Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tiga orang adik-beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua oranga adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan santai, sesuai dengan suasana hari raya,” jelasnya.
Video muzik ‘Hahahaha Hari Raya’ turut menampilkan jenama tudung Ernie sendiri iaitu Ayuwan.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, tudung Ayuwan miliknya sudah muncul di aneka acara termasuk di Star Vendor, KL Convention Centre pada 30 Mac lalu. Ernie juga sempat mempromosikan tudung Ayuwan pada 31 Mac 2024 di Sogo KL semasa mempersembahkan lagu HAHAHAHAHari Raya di lokasi tersebut.

Ini telah diikuti dengan sesi ramah mesra bersama peminat dan media di penghujung acara.
Saat ditanya tentang harapan, Ernie hanya mahukan yang terbaik untuk lagu raya ini.
“Kalau boleh semua orang mahu lagu raya mereka menjadi malar segar dan berkekalan, namun yang paling penting, saya ingin lagu ini membuat pendengar tertawa dan gembira.

“Saya mahu mereka menikmatinya, sesuai dengan konsep lagu ini sebagai sebuah lagu musim perayaan Aidilfitri.
Semoga para pendengar akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan berhari raya saat mendengar lagu ini,” ulas Ernie lagi.
HAHAHAHAHari Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 27 Mac 2024.

Tudung Ayuwan dengan Koleksi terbaru juga boleh didapati di
https://www.ayuwan.com.my/COLLECTIONS: Ernie Zakri sebagai Duta Tudung Jenama Ayuwan, Lancar Lagu Raya ‘Hahahaha Hari Raya’Baru lah bergaya di Hari Raya 2024 ini! – UTV