Shah Alam – “Ada yang tanya, betul ke tak ada upah? Bila kami jelaskan memang tiada, mereka terkejut sebab harga jadi lebih murah daripada kedai lain,” – Tok Zzz
Pelanggan pada mulanya menyangka premis emas ini mestilah harga T20 setaraf butik mewah atau jenama eksklusif. Persepsi tersebut timbul kerana kualiti rekaan yang moden dan kemas. Namun sebaik anda melangkah masuk, ramai yang terkejut melihat harga sebenar yang jauh lebih berpatutan dan murah.



Menurut wakil pengurusan, konsep perniagaan mereka berbeza kerana tiada caj upah dikenakan. Pelanggan hanya membayar harga emas semasa tanpa kos tambahan.
Pendekatan itu menjadikan premis berkenaan sesuai untuk semua lapisan pelanggan, bukan hanya golongan berpendapatan tinggi. Malah, promosi khas turut diadakan dari semasa ke semasa, termasuk tawaran harga serendah RM30 bagi rekaan terpilih sebagai usaha membina kepercayaan pelanggan.



Rekaan moden, sering dipuji
Selain harga, faktor rekaan menjadi kekuatan utama. Koleksi yang ditawarkan mengikuti trend terkini pasaran dan menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan serta penggiat industri.
“Ramai puji design kami lain daripada yang biasa di pasaran. Sebab itu ada yang berminat untuk bekerjasama atau berkolaborasi dengan jenama ini,” Tok Zzz
Kualiti terjamin dan disahkan
Dari segi ketulenan, semua produk diperiksa dan disahkan oleh assayer bertauliah. Setiap item juga melalui proses verifikasi bagi memastikan pelanggan mendapat emas tulen dengan standard tepat.
Pihak syarikat menegaskan mereka berpegang pada prinsip integriti dan reputasi, serta tidak terlibat dengan sebarang skim meragukan.
“Kami fokus bina kepercayaan jangka panjang. Reputasi lebih penting daripada keuntungan cepat.”
Amelia Jewellery Fokus kepada kepercayaan pelanggan
Dengan gabungan harga mampu milik, tanpa upah, rekaan eksklusif dan jaminan ketulenan, premis ini terus menjadi pilihan pelanggan yang mahukan nilai terbaik serta urus niaga yang telus. Jangan lupa singgah ke Butik Amelia Jewellery jika nak hadiahkan Emas istimewa buat insan teristimewa ini lah saat masanya.- Ali



