Hari Pekerja tanda hargai tulang belakang negara – Presiden Parti Gerakan

  • May 1, 2023
  • 2 min read
Hari Pekerja tanda hargai tulang belakang negara – Presiden Parti Gerakan

Hari Pekerja atau Hari Buruh merupakan hari peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi kesatuan pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun dan disambut di seluruh dunia.

Tenaga kerja ialah aset penting kepada semua negara. Pekerja-pekerja telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Pekerja juga merupakan tulang belakang dalam sektor pembuatan, layanan, konstruksi, dan lain-lain lagi. Tanpa usaha dan sumbangan mereka, ekonomi kita tidak akan berkembang dengan progresif.

Kudrat dan bakti yang dicurahkan oleh pekerja yang bertungkus lumus setiap hari. Mereka juga mendukung kehidupan diri sendiri dan bekerja keras untuk keluarga mereka. Kita perlu menghargai dan menghormati setiap jasa mereka.

Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Masalah seperti gaji rendah dan waktu bekerja yang panjang. Isu ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup, tetapi ia juga akan menjejaskan motivasi dan kecekapan kemahiran mereka. Kebelakangan ini, harga barang naik melambung dengan tinggi dan ramai pekerja terpaksa menghadapi cabaran besar dari segi kualiti hidup dan ekonomi.

Jadi, saya menyeru Kerajaan untuk memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja dan menyelesaikannya. Seperti menggubal dasar kerja yang lebih berperikemanusiaan, mengukuhkan perlindungan kebajikan dan hak pekerja, meningkatkan gaji dan kebajikan pekerja, memperbaiki keadaan tempat kerja dan waktu bekerja. Dengan tindakan ini, pekerja akan dihargai.

Akhirnya, saya mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia bagi merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pekerja yang sentiasa memberi sumbangan kepada masyarakat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *