MENGESAN WARIS TAHANAN PENJARA SG BULOH

  • May 2, 2023
  • 1 min read
MENGESAN WARIS TAHANAN PENJARA SG BULOH

Pihak Hospital Sungai Buloh sedang berusaha bagi mengesan waris kepada satu mayat yang tidak dituntut di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. Untuk makluman, si mati bernama Kanesan A/L Muniandy merupakan tahanan Penjara Sungai Buloh telah dan telah disahkan meninggal dunia pada 19 April 2023 ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Berdasarkan semakan Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Jabatan Penjara, waris si mati adalah bernama Muniandy S/O Arumugam (Ayah) dan Veeramah D/O Vengadasa (Ibu) walau bagaimanapun, tiada maklumat seperti alamat dan nombor telefon diperolehi. Alamat terakhir si mati adalah Blok B6/1, Rumah Panjang Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, pihak Hospital Sungai Buloh memohon waris si mati ataupun orang ramai yang mengenali si mati dan waris supaya dapat tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sungai Buloh ataupun menghubungi Puan Mumtaz Jehan Abdul Rashid di talian 03-61454333 samb. 4286 dan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 samb. 3100. Bersama-sama ini dilampirkan gambar si mati berkenaan. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan untuk membuat hebahan berkenaan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perhubungan Awam
Hospital Sungai Buloh Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *