Hasrat: OST Filem Imaginur

  • March 2, 2023
  • 2 min read
Hasrat: OST Filem Imaginur

Gadis Dalam Mimpi, Bertemu Di Alam Realiti’

Hasrat adalah single terbaru oleh Amir Jahari dan lagu OST untuk filem ‘Imaginur’. Single Hasrat ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari ,terbitan Lumatic Films dan edaran secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Filem Imaginur yang diterbitkan oleh Lumatic films merupakan sebuah filem kisah cinta ber-genre sci-fi ataupun fiksyen sains, arahan Nik Amir Mustapha dan menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle selaku teraju utama. Filem Imaginur adalah sebuah kisah cinta, mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti. Bolehkah kita dipukau untuk bercinta?

Hasrat mengambil inspirasinya daripada intipati filem ini; iaitu persoalan-persoalan dan ide-ide yang dikemukakan dalam penceritaannya. Menurut Amir Jahari “Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya membuat OST filem. Filem pertama adalah Orang Itu, sebuah filem dari Low Ngai Yuen yang keluar pada tahun 2018. Cuma untuk OST Filem ImaginurHasrat ini adalah sangat dekat dihati saya’’. Tambah Amir ‘’Saya memang bercita – cita untuk membuat OST untuk filem kisah cinta. Apabila Pengarah Filem ImagiNur – Nik Amir Mustapha sendiri menghubungi saya untuk bekerjasama, saya memang sangat teruja dan tidak sangka, tanpa banyak fikir, saya terus setuju dan hantar demo pada beliau berdasarkan sinopsis yang diberi. Alhamdulillah beliau setuju dan proses seterusnya mudah sahaja.

‘’Untuk mengetahui maksud lagu ini, filemnya harus ditonton dahulu, kerana gambaran keseluruhan pada lagu Hasrat boleh dilihat di saat kemuncak filem tersebut’’ – Amir Jahari

Single Hasrat (OST ImagiNur) mendapat perhatian ramai di ruangan media sosial (Tiktok , Instagram , Facebook) dan turut ‘trending’ di Twitter. Turut juga berada di tangga ke -13 dalam Carta Malaysia 50 di aplikasi Spotify. Hasrat sudah boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Itunes, kkbox dan Deezer, muzik videonya juga sudah sedia untuk ditonton di Youtube Luncai Emas Sdn Bhd. Filem Imaginur juga kini telah sedia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara.

Jom ramai – ramai kita tonton filem ImagiNur dan layan lagu Hasrat di semua saluran digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *