Ingin bercuti ke Batam? Banyak tempat menarik yang wajib dikunjungi! Shopping pun murah sangat!!
MUZIUM RAJA ALI HAJI-Menyingkap jejak sejarah kota Batam di Muzium Raja Ali Haji.
Buat museum lover, anda pasti merasai pengalaman yang berbeza jika berkunjung ke sini. Dengan seni rekaan majestic serba putih, bangunan yang siap dibina pada Disember 2020 ini memuatkan seribu satu kisah peradaban dan khazanah Batam yang tidak ternilai. Saat bermula masuk, anda akan disajikan dengan satu untaian nostalgia bermula dari era kerajaan Riau-Lingga, kedatangan Belanda, Temenggung Abdul Jamal, era BJ Habibie sehingga ke khazanah Melayu yang sarat dengan informasi dan pengetahuan berguna.
Nah, tak kenal maka tak cinta. Hadir kesini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kota Batam, kota terbesar dalam provinsi kepulauan Riau, Indonesia.
Alamat: Jl. Engku Putri Utara No.1, Tlk. Tering, Kec. Batam Kota, Kota Batam, Kepulauan Riau 29432, Indonesia
PANBIL NATURE RESERVE-ECO EDU PARK – Pengalaman berinteraksi terus bersama haiwan sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Sukakan ketenangan dan ingin menikmati keindahan alam semulajadi? Lari dari kesibukan kota dan terokai rizab alam semulajadi berkeluasan 260 hektar di Panbil Nature Reserve. Nak aktiviti yang lebih lasak dan mencabar, sertai Soft Trekking & Premium Trekking (Eco Healing/Water Therapy) bagi pengalaman meredah hutan yang maksima.
Rizab Alam Semula Jadi Panbil mempersembahkan konsep pelancongan pendidikan yang bersinergi dengan ekosistem hutan. Menariknya, anda dapat melihat kepelbagaian flora dan fauna serta menghirup udara hutan yang segar sambil memberi makan kepada haiwan secara terus seperti rusa sambar yang bertanduk, burung kakak tua berwarna-warni, sang kelinci yang lincah dan banyak lagi! Jangan lupa juga untuk mengabdikan memori anda dengan bergambar bersama haiwan eksotik seperti bearded dragon dan ular piton kuning di Reptile Sanctuary yang jarang ditemui. Ternyata, it’s a must visit for nature lover!
Untuk maklumat lanjut:
Jl. Ahmad Yani, Muka Kuning, Batam
0821-7368-1661
admin@panbilnaturereserve.com
panbilnaturereserve.com
MONUMEN ‘WELCOME TO BATAM’ & BALERANG BRIDGE -Ikon popular dan tempat wajib untuk dikunjungi di Batam!
Tak sempurna rasanya jika anda ke kota Batam tanpa berkunjung ke dua destinasi ikonik ini. Luangkan masa dengan bergambar bersama monumen “WELCOME TO BATAM” yang tersergam megah di lereng Bukit Clara, Batam Center bagi menyambut ketibaan para pengunjung. Jadikan ia sebagai tanda ingatan salah satu landmark paling ikonik yang di sini.
Seterusnya, lawati jambatan ikonik di Batam yang tidak asing lagi iaitu Balerang Bridge. Jambatan ini merupakan jambatan yang menghubungkan pulau-pulau di Kepulauan Riau dan amat sinonim sebagai ikon popular Kota Batam bagi masyarakat setempat. Di saat hari yang cerah, anda dapat menikmati pemandangan yang mendamaikan. Sorotkan lensa anda dan bergambar kenangan bersama insan yang tersayang!
Alamat:
Welcome to Batam Monument
Teluk Tering, Batam Kota, Batam City, Riau Islands 29444, Indonesia
Alamat:
Jembatan 5 Barelang
Q5MG+69M, Jl. Trans Barelang, Sembulang, Galang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29481, Indonesia
GRAND BATAM & NAGOYA HILL – Gedung membeli-belah popular di Batam.
Inginkan merasai pengalaman membeli belah di salah satu gedung terkemuka di Kota Batam? Ayuh ke Grand Batam Mall, sebuah pusat membeli-belah bereka bentuk moden di Penuin, Lubukbaja, Batam. Terdapat beberapa jenama terkenal seperti Starbucks, Uniqlo, H&M dan banyak lagi di mana anda dapat berbelanja beraneka barangan di bawah satu bumbung.
Alamat:
Grand Batam Mall
Jl. Pembangunan, Batu Selicin, Kec. Lubuk Baja, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia
Attention, shopping lover! Pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk berbelanja di Nagoya Hill, Batam. Gedung membeli-belah ini sangat digemari oleh masyarakat setempat dan pengunjung asing kerana menawarkan harga barangan yang rendah dan berpatutan. Kawasan sekeliling pula dipenuhi dengan ‘street foods’ bagi pencinta makanan dan souvenirs bagi mereka yang ingin mencari cenderamata.
Alamat:
Nagoya Hill
Jl. Teuku Umar No.1, Lubuk Baja Kota, Lubuk Baja, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia, Batam Island
BENAN ISLAND RESORT – Terokai pengalaman berbeza melihat matahari terbenam di Benan Island Resort!
Jika anda berada di kota Batam, rugi rasanya jika tidak berkunjung ke gugusan pulau yang berdekatan. Di sini memang sudah terkenal dengan gugusan pulau yang cantik-cantik. Namun, siapa sangka di Kota Batam masih terdapatnya satu tarikan yang tersembunyi di sebalik kepulauan Riau yang mempesonakan iaitu di Pulau Benan.
Saat menjejakkan kaki ke pulau Benan, anda pasti terpegun dengan kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan! Menariknya disini, anda akan menikmati pemandangan pesisiran pantai yang putih dan airnya pula jernih bak kristal!
Aktiviti wajib semestinya merasai pengalaman luarbiasa di saat matahari terbit dan terbenam. Lebih istimewa, anda perlu menelusuri jambatan kayu ke paya bakau sebelum tiba ke platform khas yang disediakan bagi menikmati suasana yang menakjubkan.
Pengunjung boleh meneroka setiap sudut di pulau ini tanpa rasa jemu. Bagi mereka yang suka akan aktiviti yang lasak, anda boleh memilih untuk berkayak atau berbasikal mengelilingi pesisiran pantai. Terdapat beberapa villa yang disediakan berhadapan dengan pantai bagi penginapan selesa buat para pengunjung.
Nak lagi best, anda boleh juga merasai pengalaman yang unik dengan berglamping sambil menikmati deruan ombak yang mendamaikan. Untuk bersantai pada waktu petang pula, anda boleh ke Coconut Beach Club bagi menikmati secawan kopi atau minuman yang menyegarkan sambil melihat pemandangan lautnya yang indah.
Untuk maklumat lanjut:
Email : benanresort@gmail.com
Telefon : +62 822-1115-8899
Facebook : https://www.facebook.com/benanislandresort
Instagram : https://www.instagram.com/benanislandresort
Hak Cipta UTVMediaMsia