Isu penipuan label telor premium

  • December 5, 2022
  • 2 min read
Isu penipuan label telor premium


PUTRAJAYA, 5 DISEMBER 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) ingin memaklumkan bahawa
Kementerian ini telah mengambil tindakan segera berhubung laporan
akhbar Utusan Malaysia pada 4 Disember 2022 berkaitan isu penipuan
label telur premium yang mendedahkan terdapat beberapa pemborong
berkonspirasi menukar label telur gred biasa kepada telur premium untuk
meraih keuntungan berganda.

  1. Harga telur jenis premium tidak di kawal sebaliknya Kerajaan
    menerusi KPDNKSH telah menetapkan Harga Ladang, Borong dan Runcit
    Maksimum bagi telur ayam gred A, B dan C di bawah Perintah Kawalan
    Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Ayam Dan
    Telur Ayam) 2022. Perintah ini telah berkuat kuasa pada 5 Februari 2022.
  2. Sepanjang tahun 2022, pihak Kementerian telah menerima
    sebanyak 291 aduan berhubung telur ayam meliputi 117 aduan
    berhubung gred telur dan 174 aduan umum mengenai telur ayam.
  3. Susulan isu ini, pihak Kementerian telah mengambil beberapa
    sample telur premium yang di jual di pasaran di beberapa premis yang
    terpilih. Sample telur ini akan dihantar untuk dilakukan ujian bagi
    mengetahui kandungan telur tersebut adalah tepat sepertimana yang
    didakwa oleh pihak pengeluar, pemborong dan peruncit terbabit.
  1. Tindakan boleh diambil selepas keputusan ujian makmal diterima
    dan didapati telur yang diuji tidak premium sepertimana yang didakwa oleh
    pihak berkaitan. Mana-mana pihak yang membuat perihal dagangan palsu
    mengenai kandungan atau saiz boleh diambil tindakan di bawah Seksyen
    5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dibaca bersama Seksyen 6(1)(b) dan
    boleh dikenakan penalti seperti berikut:
    (a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000
    atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
    dan;
    (b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM250,000.
  2. Akhir sekali, KPDNKSH turut menggalakkan pengguna menjadi
    mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan
    pelanggaran undang-undang membabitkan isu penipuan label telur
    premium di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:
    i. Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
    ii.Portal e-aduan.kpdnhep
    iii.Call Centre 1-800-886-800
    iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    v. Ez ADU KPDNHEP
    vi.Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *