Keadilan Wilayah Persekutuan Raih Dana Melebihi Sasaran

KUALA LUMPUR, 24 Februari – Keadilan Wilayah Persekutuan mencatat kejayaan luar biasa dalam usaha mengumpul dana bagi memperkukuh latihan jentera parti dan program kebajikan anggota menerusi majlis makan malam yang diadakan baru-baru ini.

Majlis tersebut berjaya mengutip lebih RM650,000, jauh melebihi sasaran awal sebanyak RM500,000. Kejayaan ini mencerminkan sokongan kukuh masyarakat, khususnya dalam kalangan ahli perniagaan, yang percaya kepada perjuangan parti serta kestabilan yang diperjuangkan oleh Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis yang berlangsung di Wisma KTC, Bukit Seputeh, Kuala Lumpur, turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Live UTVMedia Malaysia
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang menekankan kepentingan perpaduan dalam perjuangan politik dan komitmen PKR dalam membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi. Beliau menyatakan bahawa KEADILAN tidak akan berganjak dari matlamat asalnya untuk memperjuangkan keadilan bagi seluruh rakyat, sesuai dengan semangat dan falsafah yang terkandung dalam nama parti ini sendiri.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin, menegaskan bahawa perjuangan reformasi tidak berakhir dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Beliau menekankan bahawa tanggungjawab semakin besar dalam memastikan agenda reformasi terus direalisasikan.


Azman juga menyeru agar setiap anggota parti terus memperkasakan jentera di peringkat akar umbi dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Beliau mengingatkan pemimpin parti untuk lebih peka terhadap maklum balas akar umbi dan terus menjalankan amanah dengan rendah hati.
“Kita di sini bukan kerana kedudukan, tetapi kerana tanggungjawab yang harus kita pikul,”

Keadilan Wilayah Persekutuan terus komited memperkukuh parti, mempererat hubungan dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat, serta memastikan kestabilan negara dengan menjaga keharmonian kaum di bawah pemerintahan Kerajaan Madani.



Untuk maklumat lanjut mengenai majlis ini, anda boleh menonton video berikut:
https://www.facebook.com/share/v/18ZfQHnrHb
Perjuangan PKR: Bukan Sekadar Jawatan, Tetapi Demi Rakyat