VVIP Hikers berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu:Puan Seri Nisa Bakri seru semua realisasikan impian daki Gunung Kinabalu

  • February 21, 2025
  • 3 min read
VVIP Hikers berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu:Puan Seri Nisa Bakri seru semua realisasikan impian daki Gunung Kinabalu

Impian untuk mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu menjadi mimpi ramai rakyat Malaysia .Ramai yang memasang azam untuk mendaki Gunung Kinabalu namun tidak ramai yang mampu merealisasikan impian mereka tersebut.

Yang berjaya mendaki hingga tiba di puncak Gunung Kinabalu memang dikira insan yang cukup bertuah.Dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mampu menghalang impian tiba di puncak,hanya yang mampu bertahan hingga ke akhir pendakian sahaja yang akan berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu ini.

Baru-baru ini VVIP Hikers (very very inspiring people) yang terdiri daripada 15 pegawai atasan Polis Diraja Malaysia termasuk Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi , pegawai polis dari IPD Ampang ,Puan Seri Nisa Bakri( isteri mantan Timbalan Ketua Polis Negara TS Mohd Bakri Mohd Zinin) dan anak beliau Norjunita , serta 2 doktor , Dr Akashah (KPJ) dan Dr Kaamani( SDMC) telah berjaya menyelesaikan misi pendakian hingga puncak Gunung Kinabalu.

Bagi Puan Seri Nisa Bakri beliau mengucapkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana akhirnya berjaya merealisasikan impian ‘bucket list” beliau untuk menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu.Pencapaian ini cukup istimewa buat diri beliau sendiri dan beliau mahu memberi inspirasi juga kepada semua untuk merealisasikan mimpi hingga menjadi kenyataan.

“Kami berjaya melakukannya!!!”

Bermula dengan memasang impian dan mimpi serta hasil kerja keras penuh semangat berpasukan akhirnya kumpulan VVIP Hikers ini berjaya mencapai misi menawan puncak Gunung Kinabalu.

Dalam kesibukan tugas profesional masing-masing dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan wanita,VVIP Hikers berjaya membuktikan ia sama sekali tidak menghalang mereka untuk menjayakan misi pendakian hingga ke puncak Gunung Kinabalu ini.

Sepanjang pendakian hingga ke puncak Gunung Kinabalu ini menurut Puan Seri Nisa Bakri mereka dapat melihat betapa indahnya alam ini dan kecantikan alam sekeliling Gunung Kinabalu ini.Pemandangan indah alam dari puncak Gunung Kinabalu cukup sukar dijelaskan dan melihat dengan mata kepala sendiri cukup mengasyikkan.

Walaupun berdepan dengan kecederaan namun dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi,tolong menolong antara ahli kumpulan secara berpasukan,dan keinginan yang cukup tinggi untuk merealisasikan mimpi agar menjadi realiti akhirnya Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan VVIP Hikers kesemuanya berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu.

Puan Seri Nisa Bakri juga menyatakan rasa terima kasih tak terhingga buat isteri kepada OCPD Ampang iaitu Puan Aida yang menguruskan segalanya dari mula sampai akhir termasuk hal-hal teknikal dan pengurusan sehingga mempermudahkan segala urusan sepanjang berada di Kota Kinabalu,Sabah ini.

Beliau juga mengucapkan

terima kasih kepada suami tercinta Tan Seri Mohd Bakri Zinin yang banyak menyuntik semangat kepada kumpulan VVIP Hikers ini dan sentiasa menyokong dari awal misi hingga misi berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

VVIP Hikers wajar menjadi inspirasi kepada semua khususnya golongan wanita agar terus memasang impian untuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menawan hingga ke puncak Gunung Kinabalu.

Mereka sudah berjaya melakukannya.Anda bila lagi ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *